Ahad, 2 September 2012

HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh disini, hari sabtu.

Berita di atas dipetik dari BERNAMA

Peliknya UMNO-BN tak jemput pula YDP Agong ke majlis grand 'Himpunan Merdeka 55 Janji Ditepati' di Bukit Jalil pada malam sabtu lalu. Apakah perbuatan itu dikategorikan tidak membelakangkan YDP Agong selaku ketua negara. Kepada pencacai UMNO sila tolong jawap!???...


Tiada ulasan: