Sabtu, 29 September 2012

BAJET 2013 - BAJET SERANG PAKATAN AWAL DAN AKHIR


Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menjemput' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hadir di Parlimen pada Isnin depan bagi mendengar ucapan awal darinya berhubung ulasan belanjawan.

"Saya telah menjemput Najib. Kalau tak nak debat pun tak apa. Kerana saya dengar ucapan (bajet 2013) Najib, jadi saya minta dia datang dengar ucapan ulasan belanjawan saya pada hari Isnin, jam 11.30 pagi. Selaku menteri kewangan, saya harap dia terima pelawaan saya.

"Kita tunggu sama ada dia berani datang atau tidak," kata Anwar dalam ucapan penutup pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata lagi, selain mengharapkan ahli Parlimen Pekan itu hadir, beliau turut akan memberi ruang kepada Najib untuk mengulas dan mencelah semasa beliau berucap.

"Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi.

"Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi.

Senario antarabangsa tak disentuh
Selain itu, mengulas mengenai pembentangan Bajet 2013 yang dilakukan Najib semalam, Anwar berkata, ia merupakan kali pertama dalam pembentangan bajet yang tidak menyentuh mengenai senario ekonomi antarabangsa.

Jelas Anwar, perkara itu relevan memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara perdagangan.

"Bajet Najib pertama kali bajet yang tak mula dengan beri senario ekonomi antarabangsa. Sebab apa relevan, sebab Malaysia negara perdagangan dan tak boleh lari daripada masalah luaran.

"Bajet hari ini (semalam) tidak merujuk situ. (Ia) terus pada pengumuman dan pandangan (pada) Pakatan Rakyat. Kita akan ulas hari Isnin ini.

"Bajet ini juga dari awal sampai akhir serang Pakatan Rakyat dan saya. Saya pun fikir, bila nak tukar tempat," kata Anwar berseloroh sambil mendapat tepukan daripada hadirin. mkini

Tiada ulasan: