Rabu, 12 Januari 2011

AHLI MCA PULA TAK PUAS HATI TENTANG AZAN DI MASJID PANTAI DALAM

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA dari parti sekutu rapat UMNO-BN tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.

Kalau dulu MP Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw pernah dihentam teruk oleh penyokong-penyokong UMNO-BN kerana membangkitkan isu azan di Taman Putera, Jinjang Utara dan sekarang ini saya nak tengok adakah penyokong-penyokong UMNO-BN juga akan melakukan perkara yang sama terhadap ahli MCA selaku sekutu rapat UMNO-BN. UMNO jangan hanya berani pada DAP!... tapi takut pada MCA.

Di bawah ini adalah salinan surat dari peguam/ahli MCA berkenaan.

Klik pada gambar untuk besarkan.

Komen: Saya juga tertarik dengan tulisan yang menamakan dirinya -mrcoconut- dalam isu yang sama suatu ketika dulu seperti di bawah:

Orang bukan Islam mahu orang Islam perlahan atau hapuskan terus azan subuh hanya kerana alasan mengganggu tidur? Pernah dahulu azan subuh disamakan mengganggu seperti salakkan anjing.

Sekurang-kurangnya azan subuh kami hanya sekejap, 2 ke 3 minit sahaja. Tetapi kami ingin komplen di sini, rasa terganggu dah lama dah dan minta, menuntut:

1. COLOK - Kami minta penganut buddha jangan membakar colok kerana colok itu mendatangkan asap yg menyesakkan hidung dan membakar paru-paru anak-anak kami. Jiran-jiran terdekat yang alahan boleh sahaja terkena astma dan batuk kerana asap colok-colok di rumah tokong kamu itu. Boleh kah? Azan kami membingitkan telinga anda sekejap sahaja tetapi asap colok penganut buddha merupakan air pollution yg menjejaskan kesihatan berbanding azan.

2. ASAP DUPA, BAKAR KEMENYAN - Begitu juga asap dupa penganut buddha atau hindu yang suka membakar kemenyan dan perasap rumah sebagai antara ritual agama. Bolehkan penganut buddha atau hindu jangan pasang asap dupa. Ia menyucuk hidung dan membuat kami orang Islam tidak selesa dan seperti asap colok, ia pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan berbanding azan.

3. JANGAN MAIN GENDANG ORANG MATI KAT TAMAN, MAIN KAT JIRAT - Penganut buddha main gendang di hari kematian dari rumah hinggalah sepanjang jalan ke jirat. Bunyi gendang penganut buddha di ritual kematian sungguh kuat dan gemerincing mengganggu jiran-jiran dan menyebabkan anak-anak kami tak boleh tidur, tak boleh belajar dan mengganggu kedamaian dan ketenangan kami. Kadang-kadang gendang dimainkan sekerat hari. Walaupun ini jarang mengikut kematian tp ia buat jiran-jiran tak boleh duduk kat rumah kerana bising gendang yg di palu. Bolehkan penganut buddha bertolak ansur jangan main gendang kuat-kuat lama-lama. Mengapa tak di palu kat jirat sahaja. Azan kami tak sampai pun 5 minit.

4. JANGAN BUNYI LOCENG AISKRIM WAKTU PETANG - Penganut hindu pula akan goncang loceng aiskrim waktu ritual agama mereka, selalunya waktu petang. Sebagaimana gendang orang mati ia juga bising, gemerincing dan membuat gigi jiran-jiran sengau dan ngilu.

5. HENTIKAN PEMBAZIRAN LETAK KUIH DAN BUAH YG MENDATANGKAN LALAT DAN SEMUT- Rumah-rumah tokong penganut buddha di depan rumah penuh dengan buah dan kuih. Kalau letak kuih, buah tipu (plastik) tak apa, tapi kuih, buah mendatangkan lalat dan semut. Juga ia satu kepelikan jadi boleh di hapuskan amalan letak buah dan kuih kat tokong kecil tu.

6, 7, 8, 9..... ada lagi, tapi cukup 5 dahulu, boleh tolak ansur ke... sebagaimana orang bukan Islam mahu orang Islam bertolak ansur jangan azan subuh dikuatkan. Sedangkan azan tu memang di pasang untuk di dengar jauh, jadi mestilah kuat dengarnya.

Banyak lagi yang orang Islam selama ini tolak ansur. Dan sebagaimana orang bukan Islam memandang azan orang Islam itu bising, tak patut, mengganggu dan patut samada di hapuskan terus, pada masa sama orang Islam dan bukan penganut agama seperti kamu juga tidak sukakan asap-asap colok, pembakaran dupa, gendang orang mati dan jamuan buah dan kuih yang tak bertamadun.

Azan orang Islam bising sekejap. Tapi asap penganut agama lain yang membakar colok, dupa merupakan pencemaran udara dan menjejas kesihatan.

Sekarang apa perasaan penganut agama lain, baik cina, india.. jika orang Islam dan bukan penganut agama seperti mula menuntut seperti di atas? Bolehkah bertolak ansur?

Dan jika sedikit persoalan yang di utarakan di atas dirasakan amat melampau maka pikirlah sendiri tuntutan anda, orang bukan Islam yang menyentuh perihal azan kami orang Islam.

Sekurang-kurangnya kami orang Islam di ajar menghormati hak penganut agama lain.

Jadi setiap kali penganut agama lain rasa azan orang Islam itu tak patut cuba fikir ritual agama sendiri dulu adakah patut.

Sekurang nya orang Islam tak pernah menyentuh hak orang lain. Jadi jangan biadap sentuh hak orang Islam. Sama-sama kita bertolak ansur.

-mrcoconut-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nie kalau dapat kat PAPAGOMO mesti dia spin berita nie!...

Tanpa Nama berkata...

wa sokong lu...

Tanpa Nama berkata...

100% disokong

Tanpa Nama berkata...

sudah lar....jgn semua terperangkap dalam perkara ini. banyak yang kita tidak tahu. kita cuma menjadi biji catur politk yang sudah mula menggunakan agama sebagai peralatan untuk berpolitik. jangan kita kutuk agama lain. ini bukan ajaran islam. sedarlah sebelum syaitan mula mengacau minda kita