Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri  mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang  berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan  pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.
"Barisan  Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas  bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan  sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini.
"Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya  dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA  dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib  presiden Gerakan.
"Harus ada arahan terus daripada  pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan  pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya.
PERKASA,  yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya  umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak  berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari  Umno.
Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya  memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti  pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan  bukan Melayu.
Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri  mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan  mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut.
Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor  kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan  memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim.
 
4 ulasan:
Tengku Adnan wajar keluarkan arahan,ahli UMNO yang menyertai PERKASA akan disingkir dari UMNO.Itu baru betul.Tanpa arahan macam ni,memang ramai ahli UMNO yang menyertai PERKASA,termasuk Mahathir yang dikudakan oleh Brahim Katak.Mahathir ni cari peluang aje nakkan publicity sebab dia tau dia dah tak laku lagi.Dengan arahan ni baru komponen BN percaya dan puas hati.
Jika arahan dikeluarkan kalau jadi ahli PERKASA akan disingkirkan dari UMNO, maka UMNO hanya tinggal orang2 tua dan melayu felda sahaja.
Apa masalah jika PERKASA menjadi GAGAH PERKASA? kita org melayu juga tidak memerlukan kaum aristokrat dan bangsawan biol menguasai kesemuanya.
seperkara lagi si PERKOSE ni ada masalah ke dgn org2 felda.. hello bro mereka bukan sub standard citizen
Apa masalah jika PERKASA menjadi GAGAH PERKASA? kita org melayu juga tidak memerlukan kaum aristokrat dan bangsawan biol menguasai kesemuanya.
seperkara lagi si PERKOSE ni ada masalah ke dgn org2 felda.. hello bro mereka bukan sub standard citizen
Catat Ulasan