 Pasir Mas - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau  tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri  sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.
Pasir Mas - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau  tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri  sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.
"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.
"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya.
Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada  pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi  Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini. MLoya
 
1 ulasan:
Baru la... hang sedaq!... hehe!....
Catat Ulasan