BERITA PANAS.....
Kenyataan Media
3hb April 2018, Selasa
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih saya ucapkan kepada teman teman media yang hadir pada petang ini.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya, Rawi bin Mohd Noor, Mantan Penghulu JKKP, Parti UMNO Gua Musang pada petang ini hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Kelantan bersama sama dengan 60 orang pimpinan UMNO Peringkat Cawangan Cawangan dan Ahli UMNO dalam DUN Nenggiri, sebagai menyatakan rasa kebersamaan kami untuk mempertahan Kerajaan Islam Negeri Kelantan dalam PRU ke 14 tidak lama lagi.
Kehadiran kami pada petang ini, hanyalah mewakili ratusan lagi ahli UMNO Bahagian Gua Musang yang juga bakal keluar daripada UMNO dalam masa terdekat.
Tuan tuan sekalian, kami orang kampung, orang Melayu yang hidupnya sehari hari sukar dan perit, dan kami telah sekian lama meletakkan harapan kami kepada parti UMNO untuk membela nasib kami, keluarga kami dan yang lebih utama untuk menjaga agama kami. Namun, setelah puluhan tahun berlalu, UMNO kami lihat sudah tidak mampu lagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.
Justeru itu, pada petang ini, kami mengisytiharkan bahawa kami telah bosan dengan UMNO dan telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang halatuju dan fokus asal perjuangan iaitu demi membela bangsa Melayu.
Pemimpin UMNO terus bermewah mewah, boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat marhaen seperti kami. Bahkan, kelmarin, berita tentang penangkapan seorang Ketua UMNO Bahagian di sebuah kelab malam dan terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah termasuk pil kuda, cukup memalukan kami sebagai ahli UMNO. Kami kecewa dan bersedih.
Kerajaan Najib yang popular dengan GST ini, popular juga dengan skandal 1MDB, kami rasakan tidak mampu untuk terus memimpin rakyat di Putrajaya. Sudah tiba masanya, PAS dan Gagasan Sejahtera diberi peluang untuk mentadbir negara ini.
Tuan tuan, kami pada petang ini secara jelas dan terang, mengumumkan bahawa kami semua KELUAR daripada Parti UMNO secara serta merta dan ingin memohon untuk menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Islam Semalaysia, PAS.
PAS kami yakini mampu untuk terus memperjuangkan agama Islam, nasib bangsa Melayu dan pelbagai kaum lain di negara ini dan terus tegar menentang kebobrokan dan kezaliman UMNO-Barisan Nasional.
Kelantan juga wajib dipertahankan kerana kerajaan negeri yang ada pada masa kini sudah menunjukkan prestasi terbaik dalam menguruskan rakyat. Ekonomi dan pembangunan negeri yang cukup pesat, ditambah dengan bajet surplus dan banyak penjimatan di semua agensi kerajaan, dan yang paling utama, kerajaan Kelantan adalah kerajaan sifar rasuah sejak 28 tahun yang lalu. Alhamdulillah.
Sekian.
#اوندي ڤاس
#ݢاݢسن سجهتر
Selasa, 3 April 2018
Jumaat, 30 Mac 2018
FAKE NEWS - APA SUDAH JADI DENGAN YB SEPANG?
1. Bagi sesiapa yang melihat siaran langsung perbahasan Parlimen petang tadi pasti berasa terkejut melihat gelagat Peguam-PAN Sekarang.
Pada asalnya, dia berbalah dengan YB BN-Baling. Namun pertengkaran yang tidak berkesudahan itu melarat sehingga YB PAN Sepang mengungkap kata-kata berikut;
"Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Tapi, sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah makhluk yang kita kena lawan. Kalau saya Tuhan, dah lama saya tak jadikan kamu, dah lama saya hapuskan."
2. Meremang bulu roma saya tatkala mendengar kata-kata sedemikian dikeluarkan oleh YB ini.
Kata-kata "kalau saya Tuhan" bukannya perkara yang boleh dibuat main-main, senda gurau, ia melibatkan hal akidah.
Mana mungkin kita menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.
3. Tatkala Dewan semakin kecoh, YB PAS Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali bangkit menegur keterlanjuran kata-kata YB PAN Sepang.
Namun, apa hasilnya.?
Dia memperlekeh dan menyerang pula hal peribadi YB Kuala Nerus. Bahkan, nama YB Marang juga turut diheret sekali. YB PAN Sepang ini juga menuduh PAS sebagai penjual agama.
4. YB PAS Kuala Nerus tetap bertegas menegur dan mahu membacakan dalil Al Quran dan Hadis berkenaan larangan menggunakan perkataan "kalau saya Tuhan", namun YB PAN Sepang dengan angkuhnya menolak. Dia tetap berdegil mahu mempertahankan kata-katanya walaupun seruan Taubat kian jelas kedengaran di dalam Dewan.
YB PAN Shah Alam yang berada di sisinya seperti biasa menjadi teman setia membela dan mempertahankan apa yang dilafaz oleh sahabatnya itu.
5. Sungguh sedih melihat gelagat YB PAN Sepang ini. Hanya dia sahaja yang pandai, expert law, alim, betul, mulia, orang lain semuanya hina dan tak layak untuk menegurnya. Hanya dia boleh kutuk, hina dan gelar orang lain macam-macam, tetapi orang lain tidak boleh.
Walaupun saya pernah digelar olehnya sebagai 'budak hingusan' tetapi saya tidak akan berhenti menegur kealpaannya supaya suatu hari nanti dia tersedar dan kembali ke pangkal jalan.
Hanya kepada Allah kita berserah untuk menilai segala pertuturan dan perlakuan kita...
Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
29 Mac 2018
Langgan:
Catatan (Atom)

