Ahad, 19 Jun 2016

NAK TAWAN PUTRAJAYA KONON. PIGIDAHHH!...

BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.

Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.

Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.

“Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.

“Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.

“UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.

“UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.

“Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.


“Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,” katanya. Sumber: http://www.ismaweb.net/

Sabtu, 18 Jun 2016

TAHNIAH!... 6,969 DAN 9,191 KELEBIHAN UMNO-BN DI K.KANGSAR & SG. BESAR
















Keputusan PRK P.67 K.Kangsar
BN = 12,653. PAS = 5,684. PAN = 4,883. BEBAS = 54. Majoriti = 6,969.

Calonnya, Datin Mastura Yazid yang merupakan isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 6,969, meraih jumlah undi sebanyak 12,653 undi.

Beliau menewaskan Ketua Dewan Muslimat Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.




Keputusan PRK P.93 Sg. Besar
BN = 16,800. PAS = 6,902. PAN = 7,609. Majoriti = 9,191.

Calonnya, Budiman Mohd Zohdi yang merupakan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 9,191 meraih jumlah undi sebanyak 16,800 undi.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menewaskan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman, dan Azhar Abdul Shukur dari parti Amanah.


Fakta:

         BN = Sokongan gabungan Umno+MCA+MIC+Gerakan dan seluruh jentera kerajaan.

         Amanah = Sokongan gabungan Pan+DAP+PKR.

         PAS = Sendirian

Jangan mimpi kau ingin ke Putrajaya, selagi engkau masih lagi berpecah dan bergaduh dan salah-menyalah sesama sendiri yang sebenarnya menguntungkan UMNO-BN. Lihatlah hasilnya... Jangan hairan jika BN terus berkuasa...