Memaparkan catatan dengan label umno bodohkan melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno bodohkan melayu. Papar semua catatan

Isnin, 3 Januari 2011

TAK HABIS-HABIS NAK TIPU KETUANAN MELAYU

Sekarang ini bekalan minyak masak dah semakin meruncing. Rata-rata pasaraya besar seperti Giant, Carefour, Mydin dan sewaktu dengannya tiada stok. Dengar khabarnya, itu tandanya harga akan naik.

Beberapa kedai runcit dan pasar raya yang saya pergi di sekitar Gombak dan Selayang menyatakan stok minyak masak tiada. Dah 3 hari tiada bekalan stok baru,"kata peniaga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, pihaknya akan memantau masalah bekalan minyak masak di seluruh negeri. Kepala hotak hangpa, nak pantau apa!... Tak habis-habis nak tipu melayu!...

Jawapan stendet dari puak-puak kementerian dan pak-pak menteri adalah "minyak kita banyak diseludup ke negara jiran". Pigidahhh!... Itu jawapan dah basi dan lali yang kami selalu dengar bila terjadinya krisis kekurangan bekalan barang tertentu.

Patutlah sahabat saya baru-baru ini yang baru balik dari negara Afrika Selatan menyatakan di sana minyak masak keluaran Malaysia berlambak-lambak dipasaran. Beliau juga merasa pelik, sehinggakan binatang anjing peliharaan rakyat negara tersebut diberi minum minyak masak.

Ahad, 4 Oktober 2009

ISA SAMAD: UMNO PERBODOHKAN RAKYAT 1MALAYSIA

Heboh 1Malaysia samada dalam media blog pencacai UMNO dan akhbar dakyah UMNO mempertikaikan Zulkefly Mohamad, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bukan calon tempatan. Sejak bermulanya kempen semalam, UMNO mula mencari publisiti murahan tanpa merujuk kepada fakta.

Zulkefly sebagai calon PAS berkata, soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu. Beliau berkata isu "anak tempatan" tidak timbul kerana Mohd Isa, yang juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.

Anak tempatan bermaksud "orang yang berasal dari sesuatu tempat itu juga". Sumber: Kamus Dewan (edisi ketiga, ms 40).





Anak kelahiran Melaka
(anak tempatan-UMNO)

Anak kelahiran Lenggeng, N9
(bukan anak tempatan)