Memaparkan catatan dengan label janji ditepati gagal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label janji ditepati gagal. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Ogos 2012

JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA


SEBERANG TEMERLOH – Seorang ibu tunggal meneruskan tahun-tahun suram menyambut Syawal dalam keadaan rumah serba daif sama seperti sebelum ini.

Rosdi Tahir, 53, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental hilang tempat bergantung selepas kematian suami tiga tahun lalu.

Rosdi yang mengalami masalah mental sejak melahirkan anak bongsunya kira-kira 14 tahun lalu itu terpaksa mendiami sebuah rumah usang dekat Jalan Maran berhampiran stesen minyak Esso Seberang Temerloh bersama lapan anaknya.

Menurutnya, mereka sekeluarga mendiami rumah itu yang dibina menggunakan lebihan kayu sebuah kilang papan sejak lebih 30 tahun lalu.

“Sekarang anak-anak sudah besar. Dua anak lelaki sudah berkahwin. Anak sulung tinggal di Bera, manakala anak kedua tinggal menyewa berhampiran rumah ini sebab nak jaga saya.
“Anak-anak lain masih belajar dan ada antaranya bekerja sambilan. Manakala anak bongsu pula masih bersekolah,” katanya.

Anak kedua Rosdi, Najmuddin Mohamad, 30, berkata, sejak kematian bapanya tiga tahun lalu, dia mengambil-alih tugas membantu keluarga.

Menurutnya, tiga adiknya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat latihan kemahiran di seluruh negara dan terpaksa belajar bergilir-gilir kerana kekangan kewangan.

“Saya terpaksa hadkan pelajaran mereka di mana mereka perlu belajar secara bergilir-gilir kerana saya sendiri kurang mampu sebab sudah ada keluarga dan tanggungan sendiri.

“Jika adik ketiga belajar, adik keempat dan kelima kena tunggu dulu sebab tak cukup belanja, “ katanya.

Najmuddin berkata, dia bukan mahu mengharapkan bantuan daripada orang ramai, tetapi sedikit terkilan kerana ibunya tidak pernah menerima bantuan kerajaan.

“Saya lakukan pelbagai ikhtiar selama ini untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya, tetapi semuanya hampa.

“Saya sudah mengikut prosedur tetapi tidak layak. Saya hanya mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu kerana dia tergolong sebagai ibu tunggal dan ada masalah mental.

Rumah didudukinya sekarang terlalu usang di mana hanya ada satu bilik. Manakala, atap pula bocor,” katanya. sinar

Jumaat, 3 Ogos 2012

ROYALTI KELANTAN - UMNO SEMAKIN TERDESAK


KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

"Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

"Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

"Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.


Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.