Memaparkan catatan dengan label blogger umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger umno. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

BN BAYAR CYBER TROOPER 'PENCACAI UMNO'

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

Jumaat, 22 Julai 2011

BLOGGER UMNO BERGASAK SESAMA SENDIRI

(Gambar hiasan, tiada kena mengena dengan artikel)

Sumber: tunfaisal.blogspot.com

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti, dia gagal menjawab Ya atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik semasa PRN Sarawak berbanding Papagomo. Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Sabtu, 1 Januari 2011

APABILA ANJING BELAAN UMNO MENGAKU SALAH


PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya. Sumber

Ahad, 11 April 2010

'GAP' BLOGGER HANCING UMNO - AKHIRNYA ANGKAT BENDERA PUTIH

Sebelum ini seorang blogger hancing pro UMNO yang menamakan dirinya sebagai Gerakan Anti PKR atau GAP begitu lantang menentang keras keputusan PM 1Malaysia untuk meletakkan calon MIC di Hulu Selangor baca disini. Yang seorang ni pula labelkan Najib Bodoh baca disini.

Blogger hancing ini siap mengugut, jika Najib gagal meletakkan calon dari UMNO beliau akan mengistiharkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Hulu Selangor. Pencalonan ini hanya akan ditarik balik sekiranya pada saat akhir UMNO diletakkan semula menjadi calon.

Melihatkan cara penulisan blogger GAP ini bolehlah disimpulkan bahawa dia seorang yang anti MIC.

Selang dua hari, blogger hancing ini dah angkat 'bendera putih'. Siap istihar pula 'tarik diri' untuk bertanding sebagai calon Bebas, malah istihar beri sokongan padu pula kepada calon MIC baca disini.

Memang dasar GAP 'blogger haprak' yang akhirnya sudah ludah dijilat kembali. Sebelum ini ada yang komen dalam blog tu seperti di bawah;

Halimah Jongang said...
Poodahhh! GAP nak masuk bertanding jadi calon Bebas. UMNO rasuah bagi RM terus aje senyap! GAP main taktik kotor macam parpukari. Kah!...3X

April 8, 2010 8:21 AM


Akhir sekali aku nak tau jugak, berapa UMNO bayar pada GAP untuk istihar angkat bendera putih? Inilah stendet blogger UMNO yang mudah dibeli dengan wang. Sanggup lacurkan maruah diri sendiri. Mana nak letak muka selain dari jadi muka tembok.

Rabu, 10 Februari 2010

PEREKA GRAFIK MULUT SENGET DITAHAN

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.


Ulasan: Allah bagi ilmu berkebolehan merekacipta dan menguasai teknologi ICT bukan untuk menghasilkan gambar-gambar berunsur lucah serta menelanjangkan seseorang yang kita tidak sukai. Bukankah lebih elok jika kebolehan menghasilkan grafik digunakan untuk memperkembangkan lagi ajaran islam.

Jumaat, 1 Januari 2010

BLOGGER BANGANG - NAK MARAH, MARAHLAH KERAJAAN NAJIB

Rata-rata dalam blog pencacai UMNO@BN menulis n3, kononnya mereka amat marah dengan keputusan mahkamah yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Kenapa pencacai-pencacai (blogger UMNO@BN) ini nak marah beria-ia sangat dengan keputusan mahkamah yang membenarkan Gereja Katolik menggunaan perkataan ALLAH. Bukankah hakim-hakim mahkamah seluruh 1Malaysia itu sendiri dilantik oleh UMNO@BN, jadi marahlah!... pada kerajaan UMNO@BN.

Buatlah memorandum pada Najib selaku pieem 1Malaysia ataupun anjurkanlah satu perhimpunan besar-besaran bagi membantah keputusan mahkamah itu. Itupun jika UMNO@BN sendiri ada mempunyai 'telor'. Kalau sekadar 'pondan', hentikanlah melalak di laman-laman blog.

Bengap punya penyokong UMNO@BN. Kenapa mesti menuding jari kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam soal ini. Kenapa nak disalahkan Khalid Samad? Kenapa nak disalahkan sipolan atau sipolan? Sedangkan kesalahan itu sendiri datangnya dari UMNO@BN kerana mereka lah yang melantik hakim-hakim tersebut dari hakim yang bukan islam bagi mengendalikan kes berkaitan. Akhirnya mereka sendiri yang terperangkap dalam permainan yang mereka sendiri cipta.

Selepas itu cuba untuk salahkan orang lain untuk dijadikan kambing hitam. UMNO@BN jangan nak cuci tangan pulak dalam kes ini.