PELBAGAI
alasan diberikan untuk menghalang penganjuran Himpunan Aman Black 505
yang dijadualkan pada 22 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.
Hasil
rundingan oleh pihak penganjur dengan DBKL sebelum ini telah
menyebabkan himpunan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun itu ditunda
ke 22 Jun.
Alasan terbaru yang diberikan untuk
menolak kelulusan himpunan itu ialah kononnya Majlis Olimpik telah
menempah Dataran Merbok sejak tahun lalu bagi menganjurkan satu acara
larian.
Namun sebuah Iklan yang disiarkan oleh
portal McDonald's tentang acara larian yang dimaksudkan nampaknya
mendedahkan perkara sebaliknya. - milosuam
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi
membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13
(PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Himpunan
anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur
(Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.
Difahamkan
himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami
sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman
masing-masing.
Semalam penggerak utama kepada himpunan itu,
Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad
untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan
dengan penangkapan.
Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.
Ianya
termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib
Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah
turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai
himpunan itu esok.
"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal
himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh
mengeruhkan suasana," katanya.