Memaparkan catatan dengan label UMNO juara rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO juara rakyat. Papar semua catatan

Ahad, 25 September 2011

HUDUD- UMNO MEMANG BENAR-BENAR JUARA RAKYAT

UMNO sering kali berdolak-dalih apabila kerajaan negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum hudud. Apabila Nik Aziz mahu melaksanakannya di Kelantan suatu ketika dahulu, ada sahaja tentangan daripada kaum munafik serta sekutu-sekutunya.

Puak-puak jahiliah UMNO pernah berkata, jika Kelantan laksanakan juga hudud pada ketika itu, mereka akan dikenakan tindakkan kerana melanggar undang-undang persekutuan.

Anehnya apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS gagal melaksanakannya, maka juak-juak a.k.a pencacai-pencacai UMNO seperti orang kehilangan akal serta terpekik terlolong umpama dirasuk iblis mengatakan kenapa tidak dilaksanakan hudud sedangkan telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun.

Kita juga sering mendengar dan melihat reaksi beberapa pemimpin UMNO dalam isu ini.

Apa kata Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hukum hudud wujud dalam syariah tetapi kerajaan berpendapat pelaksanaannya tidak sesuai dengan situasi dan komposisi masyarakat di Malaysia.

Apa kata Bekas Perdana Menteri; Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.



Kita tak hairan kalau orang seperti MCA, MIC dan DAP tolak hudud tetapi yang lebih menghairankan ialah mereka yang terdiri daripada orang Melayu yang mengaku beragama Islam sendiri tolak hudud.

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.

Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”

“Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.

“Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

“Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa,” katanya sambil menambah, sebenarnya apa yang Kelantan mencadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”

“Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

“Contohnya, sekarang perempuan Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang; jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, “kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada.”

“Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik,” katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

“Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman,” katanya lagi.

Mengenai langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendapatkan pandangan bukan Islam, Aziz berkata, sebenarnya tidak perlu mendapatkan pandangan mereka mengenai pendirian mereka.

“Kita kena faham tentang sifat sistem perundangan di Malaysia. Kita sudah pun ada sistem perundangan syariah yang berfungsi seiring dengan sistem konvensional,” katanya.

“Ia dalam lingkungan sistem Islam yang keluarga Islam beroperasi. Pada masa yang sama, kita ada sistem jenayah Islam,” kata Aziz.

Jelas beliau, jika hukum hudud dilaksanakan ia akan dilakukan dalam struktur tersebut manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang jenayah semasa, yang peruntukannya diturunkan dalam Kanun Keseksaaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

“Apa yang kita perlu lakukan ialah mengkaji semula sistem jenayah Islam semasa dan meminda peruntukan-peruntukan yang tidak selari dengan perundangan Islam,” katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, Nik Aziz kelihatan memberi respons kepada beberapa pemimpin bukan Islam, dari MCA dan Gerakan serta DAP yang berpandangan bahawa ia akan menggantikan undang-undang jenayah semasa.

“Sebenarnya ia bukan isu. Sementara Nik Aziz faham undang-undang hudud, saya tidak pasti sama ada beliau faham sepenuhnya sistem perundangan.

“Nampaknya Nik Aziz berpandangan bahawa sistem semasa tidak islamik secara keseluruhan,” katanya lagi. sumber

Selasa, 17 Ogos 2010

SUDAH-SUDAHLAH JADI TALIBARUT UMNO

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

Rabu, 27 Januari 2010

LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN, SINONIM DENGAN PERANGAI UMNO

Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.

"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.

"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Diminta menjelaskan jangkaan pengumuman itu dapat dibuat, beliau berkata:

"Dalam masa terdekat. Saya tidak sukar (mendapatkan butiran tersebut) kerana berdasarkan nombor kad pengenalan, kita boleh dapat nombor keahlian Umno mereka."

Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.

Beliau melapangkan masa kira-kira satu jam bermula 2.30 petang.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.

"Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu," dakwanya.

Selepas mengumpulkan maklumat terperinci, katanya, beliau akan mendedah nama pihak terbabit, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kepada umum.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.

Ia merupakan antara 11 gereja yang menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme sepanjang tiga minggu di samping sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

"Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak sebagai dalang dalam kes ini. Saya tidak mahu (membuat) spekulasi. Saya mahukan siasatan terperinci dan tegas.

"Saya sedang mengumpulkan maklumat terperinci dan saya minta presiden Umno jelaskan bagaimana mereka terlibat.

"Ini tindakan dayus Pemuda Umno. Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, beberapa ahli Umno itu merupakan ahli Pemuda Umno bahagian Gombak dan Ampang," kata Azmin. Sumber

Jumaat, 22 Januari 2010

MUHYIDDIN BIDAS KERAJAAN PEMBANGKANG TIDAK BAWA KEMAJUAN

MIRI 21 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.

Inilah pembangunan yang membuktikan UMNO-BN prihatin masalah rakyat.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik. Demikian menurut laporan Utusan Meloya

Jumaat, 15 Januari 2010

MEMANG BENAR, NAJIB MUHYIDDIN PEMIMPIN JUARA RAKYAT

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.

“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

“Dalam keadaan tenang pun, mesti sekurang-kurangnya Perdana Menteri atau Timbalannya mesti tidak boleh meninggalkan negara, inikan pula pada waktu yang begitu kecoh.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sena mendakwa, tindakan Najib dan Muhyiddin tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua tidak serius mahu menangani ketidakstabilan politik dalam negara.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek...kata wajah sudah dikenal pasti...(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.

“Mereka kata (keselamatan dalam negeri) terkawal-terkawal, tetapi hari ini ada lagi Gereja (Katholik St. Elizabeth) di Kota Tinggi pula yang disimbah pula dengan cat.”

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berada di Pusat Pengajian Islam Oxford (OSFIC), United Kingdom kerana menyampaikan suatu syarahan.

Manakala, Najib dengan ditemani Hishammudin pula berada di Arab Saudi kerana menandatangani suatu perjanjian dengan kerajaan tersebut. harakahdaily

Ahad, 10 Januari 2010

UMNO GELABAH BILA DIBICARAKAN MAHKAMAH RAKYAT

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Umno tidak lagi dipercayai apabila mahkamah rakyat membicarakannya berikutan serangan ke atas beberapa gereja akibat provokasi dan eksploitasi isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan reaksi marah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berhadapan dengan persoalan yang berbangkit akibat serangan-serangan itu membuktikan betapa menggelabahnya beliau menghadapi rakyat.

Najib menuntut supaya jangan menuding jari kepada Umno berikutan serangan ke atas gereja-gereja itu sejak Jumaat lalu.

"Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.

"Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan Umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi," kata Mahfuz.

Beliau mengingatkan Najib pepatah Melayu yang berbunyi 'siapa yang menanam dialah yang menuai hasilnya'.

"Kepada Perdana Menteri, ingin saya nyatakan bahawa (tindakan) rakyat menuding jari kepada Umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin Umno yang perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, kata Mahfuz, perlu mengimbas kembali peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui Operasi Lallang.

Para pemimpin pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dimangsakan oleh politik jahat Umno di dalam operasi itu, katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah itu sebagai mengulas rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi.

Mahfuz merujuk kepada kenyataan-kenyataan tersebut ketika mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

"Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan dan rakyat tidak lagi mempercayai Umno.

"Inilah petanda Umno dan BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat berbilang kaum dan agama agar bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk ‘memuziumkan’ Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kepada parti-parti kompenan BN, beliau menyeru mereka "menyingkir Umno dari BN atau meninggalkan BN untuk bersama-sama PR membawa wajah baru politik Malaysia".

Sabtu, 9 Januari 2010

'JUARA RAKYAT' UMPAMA PROGRAM P'RAYA

Sekali imbas, jadual program 'Juara Rakyat' di Taman Bukit Sentosa, Bukit Beruntung yang dilancarkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini seolah-olah seperti jadual program untuk kempen pilihan raya.

Selain diisi dengan program-program interaktif bersama rakyat, program tiga hari bermula semalam di pekan kecil yang terletak kira-kira 50 Km dari Kuala Lumpur ini juga disusun untuk kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

Sejak semalam, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun turun padang untuk menyertai satu program bersama masyarakat Cina di Bukit Beruntung, diikuti program menziarahi keluarga daif bersama ketua wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Selanjutnya...

Sabtu, 26 Disember 2009

UMNO JUARA TIPU RAKYAT

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.