Sabtu, 14 September 2013

PAPA GOMO BAKAL PAPA KEDANA DI SAMAN RM500,000


Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo.

Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli,  juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang  seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."

Rafizi (kanan) berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo  atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.

Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa ganguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah Wan Azri, kamu cuma bekas PC yang bengap, bukan kebal undang-undang malah lebih teruk lagi berstatus bekas banduan. Kamu fitnahkan bukan calang-calang orang. Bab politik bukan nasi dan lauk kamu. Orang-orang politik sebelah kamu hanya mempergunakan kamu semasa menjelang PRU saja. Sekarang, ape dah jadi? Kemana mereka? Padan muka kamu!!! Bala lain akan datang pulak.

Unknown berkata...

Orang macam Wan Azri Wan Deris tak layak mendapat simpati dunia dan akhirat kerana makan hasil dengan cara terkutuk. Macam bapak ayam - ade jer watak betina dan gay yang dia jual dlm artikel berkaitan pemimpin parti pembangkang. Wak setuju Wan Azri Wan Deris bekas PC yang bangang.

Tanpa Nama berkata...

Papa Gomo perosak dari dalam UMNO sendiri

Tanpa Nama berkata...

Artikel papagomo banyak menyiarkan kemungkaran dan kemunafikan pihak pihak pembangkang terutama si Nuar Berahi sehingga pembangkang kecundang dalam PRU13 dahulu. Tahniah Papagomo...walaupun akan papa kedana ( belum tentu lagi ) . Pihak pembangkang bergumbira buat masa ini...tapi ingat 1 papagomo tumbang akan ujud 100 papagomo lagi. Takbir.