Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan".
"Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi.
Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.
Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka.
Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu. mkini.
Gambar Pak Samad hina jalur gemilang
Dua wanita ini tanda sayang jalur gemilang
Tanda patriotik pada jalur gemilang
Tanda sayang pada jalur gemilang mereka berkongsi bersama
2 ulasan:
Rembat duit lembu RM250juta relex jer...
Memang celaka puak2 talibarut UMNO Laknatullah nie!...
Assalamualaikum..Siapa lah kita nak sebut laknatullah. Guna la ayat yg sesuai sikit. Agama pun tak ajar cakap bukan bukan. I'm not into any side. Dan saya tak suka pun yang pak samd ni kena tahan. Tapi ada akal fikir dulu sebelum cakap Dan jgn melenting tak tentu pasal.
Catat Ulasan