KUALA LUMPUR: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof
yang mesra dengan panggilan Che Long berazam untuk memberikan
perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh
penduduk Kuala Besut.
“Pada saya, saya kata, insya Allah, (bila)
kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai hajat kita. Hajat kita
dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala.
“Insya Allah,
kalau saya menang bertanding pada pilihan raya kali ini, saya jadi
wakil rakyat, gaji yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,”
ujarnya dipetik Buletinonline.
Sehubungan itu, beliau mahu mewujudkan satu tabung yang diuruskan oleh beberapa orang.
“Yang
kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik, kalau ada betul-betul
orang miskin perlu, silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil,
insya Allah,” katanya lagi.
Beliau turut bercadang untuk
melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya
bersama-sama semasa ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.
Baginya,
orang-orang Islam dan beriman perlu menyemaikan kasih sayang kerana
dengan itu dapat merasai kesusahan yang dialami oleh orang lain.
“Apabila
kita ni jenis orang beriman, kita orang jemaah, yang paling penting,
sama-sama kita ini dengan rakyat ini, kita nak belajar berkasih sayang.
“Apabila
kita berkasih sayang, kita dapat merasa apabila kita tengok orang
susah, kita berasa (susah) orang yang berasa kesian juga ke orang ni,
alhamdulillah, orang tu dapat rahmat Allah Taala,” jelasnya. Hrk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan