KUALA LUMPUR: Sambil berseloroh, anak kepada bekas 
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin Abdul 
Ghafar berkata beliau akan menyertai PAS apabila telah mendapat ilham.
Beliau
 yang kini masih lagi ahli Umno berkata, banyak pihak sebelum ini 
mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat 
demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.
"Tunggu
 la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk 
saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.
Beliau
 berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa 
anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah 
restoran di Gombak semalam.
Soalan tersebut berhubung pelbagai 
gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran
 dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini.
"Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.
"Saya
 dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana
 boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil 
merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.
Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.
Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak.
Beliau berkata, Tun banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.
"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali.
"Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya. hrk

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan