SHAH ALAM: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor.
"Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu.
"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.
Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.
Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.Sebelum  ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno  boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama  Kristian. - Hrkh.
Fakta  macam ni la yang Umno takmau orang melayu tau. Kalau orang melayu tau  Umno BN akan hilang peluru berharga depa untuk kempen PRU.
Kalau  nak diikutkan lebih sesuai kalau Umno nak main isu DAP membudhakan  orang melayu dari nak mengkristiankan orang melayu pasai Umno dok kata  DAP tu parti Chauvanis Cina dan kebanyakkan orang cina beragama budha.  Tapi Umno tak boleh spin kut situ pasai hampir tak pernah dengar orang  budha punya kerjabuat nak kembangkan agama budha.
Masalahnya  majoriti orang melayu memang malas membaca, nak cari fakta lagi la  malas. Kalau yang peka sikit pun kebanyakkannya terlalu bergantung  kepada media penchachai Umno BN.
Walaupun  dah banyak tindakan dan keputusan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Penang  yang banyak bagi peruntukan dan bantuan kepada kebaikan Islam tapi tak  ramai yang tau fakta tu.
Tak  ramai yang tau berapa Guan Eng bagi peruntukan kepada majlis Agama  Islam berbanding yang dibagi masa BN pegang Penang. Tak ramai yang tau  fakta Guan Eng bagi saguhati kepada para Huffaz yang tak pernah sapa pun  bagi sebelum ni. Tak ramai yang tau berapa peruntukan yang Guan Eng  bagi kepada SAR yang sebelum ni Umno BN tarik balik bantuan.
Kalau  ada yang tau sikit-sikit pun pasai fakta tu, ramai yang fikir tu cuma  helah politik DAP, depa yakin DAP cuma berpura-pura tunjuk baik  sedangkan DAP depa kata bercita-cita nak hancurkan orang melayu.
Memang  aku pun boleh setuju dengan adaian tu. Kita memang taktau apa sebenar  dalam hati Guan Eng, sama juga kita taktau apa yang sebenarnya ada dalam  hati Najib yang menselogankan 1Malaysia tapi dalam masa yang sama  mengiktiraf kerjabuat PEKIDA.
Paling  kurang pun tindakan dan kerjabuat Guan Eng menunjukkan yang dia bukan  rasis dan bukan anti Islam. Apa yang ada dalam hati dia mana kita tau  tapi yang jelasnya tindakan dia tak merugikan Islam, jauh sekali untuk  nak hancurkan Islam malah banyak bagi kelebihan kepada orang Islam.  Sekurang-kurangnya setakat hari ni takdak lagi.
Berbanding  dengan Umno yang mengaku pejuang Islam dan pejuang melayu, kerja buat  Najib Rosmah dan para pemimpin Umno majoritinya tak menggambarkan  sebagai pejuang Islam dam melayu. Dah 50 tahun langsung tak nampak Umno  bercita-cita nak jalankan hukum Islam. Bukan setakat tak mau buat malah  yang mempermain-mainkan pulak.
Macam  tu jugak, berapa banyak tanah rizab melayu yang terlepas ke tangan  bangsa lain. Walaupun dah lebih 50 tahun merdeka sasaran 30% kuasa  ekonomi pun tak boleh nak capai sedangkan orang melayu lebih 60%,  patutnya sebagai 'tuan' kuasa ekonomi orang melayu tak boleh kurang dari  60%.
Macam  tu jugak ramai yang taktau fakta bila Penang buat sistem tender  terbuka, lebih ramai kontraktor melayu yang dapat projek. Sebelum ni  masa BN memerintah Penang memang kebanyakkan kontrek dapat kat  kontraktor melayu tapi fakta sebenarnya yang dapat tu bukan genuine  kontraktor, lebih kepada 'kontraktor air liur' akhirnya yang buat  kontrak tu kontraktor cina jugak.
Banyak  lagi fakta yang Umno sembunyikan dari pengetahuan majoriti orang  melayu. Kalau semua fakta-fakta tu orang melayu faham, dah lama orang  melayu tolak Umno BN. Kena pulak dengan tabiat orang melayu yang malas  membaca, kerja Umno BN nak sorok fakta-fakta tu jadi sangat mudah.
Apa  pun, aku harap berita macam kat bawah ni dapat buka mata lebih ramai  orang melayu untuk mula berfikir keluar dari tempurung Umno. Tambah  pulak dengan perkembangan pesat media baru aku yakin semakin ramai orang  melayu terutamanya golongan muda yang celik politik dan nampak kerja  CELAKA pencacai Umno BN.
Harakahdaily melaporkan:
PULAU  PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah  Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri  Pulau Pinang itu serta mendapati dia tidak anti Melayu atau anti Islam  tetapi itu adalah niat buruk Utusan.
Lim  Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau  Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah  artikelnya memfitnah DAP.
Lim  memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan  sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan  asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.
Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu. - Harakah. - ada aku kesah
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan