Sabtu, 23 Julai 2011

KOS PERKAHWINAN NORMAN DAN MEMEY RM2 JUTA

RM12,000,000. Ya, itulah kos keseluruhan penajaan yang diberikan kepada pelakon Norman Hakim dan bakal isterinya, Memey Suhaiza. Jika jumlah sedemikian diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, apabila ia diberikan kepada pasangan kontroversi, Memey dan Norman, ia benar-benar mengejutkan. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Antara syarikat yang bekerjasama dengan Rafflesia ialah Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.

Antara yang bakal ditaja termasuklah:

2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang

2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang
* harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)

2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set

2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor

4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.

Pasangan pengantin akan diraikan di Bridal Suite di hotel tersebut dan diberikan peluang untuk menikmati pakej spa di Angsana Spa sebelum dan selepas majlis perkahwinan.

Solekan dan dandanan rambut yang bersesuaian dengan tema klasik “New York” lewat majlis perkahwinan Hollywood di Amerika Utara.

Dekorasi untuk majlis persandingan yang bertemakan “New York” bakal menghiasi Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Sebanyak empat carousel bakal dibina mengelilingi pentas utama yang akan dilengkapi sofa untuk mewujudkan suasana santai pada majlis tersebut. Warna-warna krim, putih dan perak akan menjadi warna utama majlis tersebut berserta bunga-bunga segar yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Menurut Nas selaku pereka dekorasi untuk majlis tersebut, idea “New York” dipilih adalah untuk mewujudkan kelainan berbanding majlis-majlis perkahwinan sebelum ini.

“Majlis ini berbeza dengan majlis-majlis yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Dekorasinya sangat original. Ia memberikan saya cabaran besar untuk mencetuskan idea sedemikian. Majlis ini akan menjadi sebuah majlis yang penuh glamour dan bergemerlapan.”

Dijangka seramai 6-8 orang artis tempatan dan antarabangsa bakal membuat persembahan untuk hiburan tetamu yang hadir. Nama artis antarabangsa yang akan membuat persembahan masih belum diumumkan.

Pasangan itu bakal bernikah di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September dan resepsi pihak perempuan akan diadakan keesokkannya. Turut dilangsungkan adalah majlis khatam Quran dan majlis berinai kecil dan besar.

Turut hadir ke sidang media pengumuman penajaan tersebut ialah Prof Datuk Jimmy Choo, Winnie Sin dan ramai lagi. Pasangan pengantin mengenakan busana berona ungu yang direka khas oleh Lord’s Tailor untuk majlis tersebut.

Tiada ulasan: