Selasa, 31 Mei 2011

4

KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.


Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

Isnin, 30 Mei 2011

TARIF LETRIK NAIK 7% - TERIMAKASIH UMNO

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.


Ulasan: Seperti biasa, pihak jurucakap KERAjaan akan memberi alasan bahawa kenaikkan tarif ini tidak dapat dibendung akibat daripada kenaikkan bahanapi bagi menjana sumber elektrik.

Sebagai langkah berjimat cermat, adalah disyorkan agar rakyat menggunakan pelita minyak tanah sebagai alternatif untuk menerangi rumah masing-masing. Manakala bagi memasak pula disyorkan kembali ke kaedah lama iaitu menggunakan kayu api.