Rabu, 12 Ogos 2009

PPP TERBAHAGI DUA - PETANDA UBN MAKIN TENAT

Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Datuk M. Kayveas sebagai presiden PPP yang sah dan bukannya bekas ketua Pemudanya, Datuk T Murugiah.

ROS juga menyatakan bahawa mesyuarat agung tergempar yang diadakan oleh Murugiah yang memilihnya sebagai presiden, adalah tidak sah.

Di samping itu, ROS juga memutuskan bahawa pemecatan Murugiah dari PPP oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh kayveas adalah sah dan berkuatkuasa.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini pun M. Kayveas pernah mencabar Murugiah, jika dia begitu bagus buat satu parti lain untuk satukan orang India tetapi jangan kacau PPP.

"Dia kena periksa mental dia di (hospital) Tanjung Rambutan," kata Kayveas selepas menghadiri perhimpunan agung tahunan PPP Pahang di Kuantan pada suatu ketika dahulu.

Yenna dey!... mana muka mau taruh...

HADIAH RAYA UMNO UNTUK PENGGUNA BAS EKSPRESS - update

Apa barang dengan UBN nie!... puasa pun belum malah raya lagi lah jauh, dah sibuk nak bagi angpow raya. Agaknya UBN dah insaf kot!... sebab dah nak dekat bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Itulah pasal nak kumpul pahala banyak-banyak untuk nak cover kesalahan yang lalu. Kata orang bulan puasa nie semua syaitan akan dibelenggu dan diikat.

Biasanya orang yang lakukan perkara-perkara sebegini ada dua kemungkinan. Yang pertama kerana ianya benar-benar sudah insaf atas kesalahannya. Manakala kemungkinan yang kedua adalah kerana dah buang tabiat sebab ajalnya dah nak sampai.

KUALA LUMPUR - Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer seperti yang diluluskan kerajaan pada 1 Ogos lalu.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan.

Menurut beliau, LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas-bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.

"Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 September ini dan sah tujuh hari sebelum serta tujuh hari selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu dari 13 hingga 28 September," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Halimah memberitahu, hanya bas-bas berusia tidak melebihi 15 tahun dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan.

Sumber: Kosmo