Isnin, 1 Mac 2010

UMNO-BN RANCANG PILIHANRAYA DI PERAK SEPTEMBER INI

BUKIT MERTAJAM, 1 Mac: Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain tidak menolak kemungkinan tindakan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan desas-desus umum bahawa satu pilihan raya mengejut akan diadakan peringkat negeri sebagai kenyataan berunsur politik semata-mata.

“Ini (kenyataan Husni) adalah kenyataan politik Datuk Ahmad Husni saja kerana mungkin mereka masih teragak-agak untuk membuat pilihan raya kecil peringkat negeri dalam masa terdekat ini,” tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sekiranya desas-desus tersebut adalah sesuatu yang sahih, beliau berkata, hasrat Umno/BN mengadakan pilihan raya mengejut itu sekaligus memberi isyarat kepada rakyat bahawa mereka tidak berupaya berdepan dengan rakyat yang kian sedar dengan amalan tidak demokratik mereka sebelum ini.

“Walaupun Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Umno/BN nampaknya seperti tidak berupaya meneruskan pemerintahan ini lagi.

“Mungkin disebabkan mereka (Umno BN) sedar yang rakyat anggap kerajaan sekarang kerajaan kudeta, maka mereka terpaksa membuat persiapan (pilihan raya) ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, inisiatif Umno/BN melaksanakan pilihan raya mengejut itu mungkin disebabkan tidak berupaya menghadapi beberapa isu berbangkit yang dilihat tidak menguntungkan mereka.

“Tahap pelaburan yang menguncup, isu Speaker Sivakumar yang diheret keluar dari Dewan (Undangan Negeri), tiga katak (Adun Bebas) yang masih belum selesai, sebab itu mereka kena buat pilihan raya secepat yang boleh,” jelasnya.

“Kalau mereka tunggu sehingga PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), mungkin juga mereka khuatir bahawa majoriti ahli Umno sendiri tidak berminat menyokong disebabkan itu.”

Ditanya tentang tahap persiapan PAS di peringkat negeri pula, beliau menjelaskan bahawa PAS serta Pakatan Rakyat sekarang sedang memperkukuh persiapan perjenteraan berbaki secara sepadu sejak 9 Februari lalu, iaitu tarikh Nizar mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak.

Persiapan perjenteraan tersebut, menurut Abu Bakar, termasuk menjelaskan tentang rekod kejayaan kerajaan era Pakatan Rakyat secara rasional dan sederhana kepada rakyat, termasuk kepada para pemimpin Umno tempatan.

Semalam, dilaporkan Husni turut mengingatkan kesemua parti komponen BN supaya membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil peringkat negeri Perak yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Manakala desas-desus yang mengatakan Perak akan menghadapi suatu pilihan raya mengejut itu berlaku ekoran Timbalan Presiden bagi sebuah parti komponen BN dilaporkan menyerahkan senarai nama calon dari parti itu kepada Zambry dalam suatu pertemuan sulit di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Ipoh.

Sumber dalaman parti tersebut dilaporkan berkata, pilihanr aya mengejut akan diadakan pada September tahun ini. harakahdaily

RUPANYA... KE UMNO JUA KAU AKHIRNYA

Rakyat Pulau Pinang rasa pelik mengapa tiba-tiba sahaja Mohamad Fairus Khairuddin hendak pergi sambung belajar sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang!
Rakyat bertanya, apakah kelulusan yang beliau ada tidak cukup untuk melayakkannya menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga terpaksa meletakkan jawatan bagi menyambung pelajaran di luar negara? Tetapi itu cerita lama.

(Kenyataan akhbar letak jawatan ADUN Penanti 16 Apr 2009)

Tiba-tiba semalam bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).

Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, sebelum membuat pengumuman pada malam tadi, beliau telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian.

Menurutnya, ini kerana melalui proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya.

Rupa-rupanya lahabau nie pi sambung belajar di IPT UMNO-BN dan baru saja tamat pengajian semalam.