Memaparkan catatan dengan label umno penghianat melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno penghianat melayu. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mac 2010

PENGHIANAT PERJUANGAN RAKYAT HANYA LAYAK BERSAMA UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas aksi lompat beberapa beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

"Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong 'parti tong sampah dan tong najis' merampas kerajaan PR Perak.

"Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

"PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

"Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas," katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

"Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

"Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

"Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat," katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka. harakahdaily

Jumaat, 5 Februari 2010

UMNO MELOMPAT GEMBIRA BILA NIK AZIZ ROYAK LAGI NI!...

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.

"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Isnin, 14 Disember 2009

UMNO PENGKHIANAT RAKYAT

Sebagai memintas program 'Umno Juara Rakyat' pada tahun depan, PAS pula menganjurkan 'Umno Pengkhianat Rakyat' bagi "membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman" parti Melayu itu kepada orang Melayu dan umat Islam.

"Jentera penerangan (PAS) di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno,' kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini, akan dilengkapi dengan buku kecil yang mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini, katanya lagi.

Kenyataan Idris itu dipercayai sebagai reaksi usaha Umno untuk menganjurkan program 'Umno Juara Rakyat' pada Januari ini dalam usaha menggerakkan jentera parti itu di peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan menganjurkannya dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, 4 Disember lalu.

Program raksasa itu, yang dilaporkan antara usaha mentransformasi Umno dalam memperkasakan masyarakat Melayu, akan dirasmikan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin dipetik berkata, serentak dengan pelancaran 'Umno Juara Rakyat', semua ahli Umno dminta menggerakkan kerja mereka bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum ke-13.

Dengan nada seumpamanya, Idris juga menyeru semua ketua penerangan PAS supaya bekerja keras "untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan di kubu-kubu kuat mereka" pada pilihan raya tersebut - yang dijangka lebih sengit daripada sebelumnya.

"PAS akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno," katanya.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan 'Hidup Melayu' kini tersepit kerana semakin ramai orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan." Sumber

Khamis, 3 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO MAKIN PARAH, PARTI KOMPONEN LARI MALAM



IPOH, 3 Sept (Bernama) -- Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini Khamis.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.



Sumber: BERNAMA

Ahad, 23 Ogos 2009

NAJIB ALTANTUYA - KALAU TAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA

Setiap kali ada PRK, inilah modal atau skrip lama UMNO yang akan dicanangkan kepada orang kampung.

Kalau dulu UBN memperbodohkan rakyat dengan janji-janji pembangunan dan projek mee segera pada setiap pilihanraya tetapi kini UBN akan gagal kerana rakyat terdedah kepada media internet tanpa tapisan. Tidak seperti media pengampu UBN, semuanya ditapis agar orang melayu akan terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah jika bersama UMNO-BN.


Permatang Pasir (gambar atas) manakala Manek Urai (gambar bawah).
Kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir anda adalah orang yang bijak menilai. UMNO juga bakal mempermainkan diri anda sepertimana mereka melakukannya di Manek Urai.

Ahad, 16 Ogos 2009

1MALAYSIA - SIAPA KATA DEMO BUKAN BUDAYA UMNO

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Demonstrasi jalanan bukan sahaja mampu menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk setempat, malah berpotensi merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Keadaan itu akan hanya menyebabkan pelajar bimbang ke sekolah, perniagaan kecil dan sederhana terbantut, pelabur asing enggan melabur dan pertumbuhan ekonomi negara akhirnya merosot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, budaya demonstrasi jalanan itu tidak sihat kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah menyusahkan orang awam.