PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana (baca:akhbar propaganda UMNO) yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.
Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.
"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.
Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.
Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.
Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.
*************************************************************************
Menurut sebuah laporan akhbar propaganda UMNO adalah dipetik seperti di bawah.
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penduduk Islam di Pulau Pinang ‘membuka mata’ terhadap sikap sebenar kerajaan negeri pimpinan DAP apabila bertindak membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang secara tradisinya diadakan setiap tahun.
Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam.
“Saya mahu bertanya kepada kerajaan Pulau Pinang khususnya Guan Eng. Adakah dia mahu menunjukkan satu sikap baru bahawa dia tidak lagi bersama mendukung hasrat dan cita-cita umat Islam di negeri berkenaan?
‘‘Jika Guan Eng kata tidak, lebih baik dia benarkan perarakan ini diadakan. Apa yang Guan Eng bimbangkan sangat? Pasal keselamatan? Setakat ini tidak pernah pula kita mendengar perarakan Maulidur Rasul boleh mengancam keselamatan,’’ katanya.
2 ulasan:
pukimak punya umno...tak habis2 nak menfitnah..
Emm..TM, TAK BAIK MEMAKI TU...KITA KAN ORANG BERAGAMA..JIKA KO TU ORANG ISLAM KO TAU SENDIRILAH..SEPATUTNYA KALAU YA PUN TULISLAH BEGINI, "UMNO, TOLONG JANGAN BUAT FITNAH...TAKUTLAH KEPADA ALLAH" ITU PUN KALAU BENAR UMNO TU MEMFITNAH...PULAK..KALAU SATU ORANG PUNYA UMNO YANG MEMFITNAH...TAKKANLAH UMNO SATU MALAYSIA PULAK DIMAKI...TAKKANLAH UMNO SATU MALAYSIA PULAH NAK FITNAH..NANTI TERKISAS MAKI TU BALEK PADA KO PULA...AKU BUKANLAH ORANG UMNO ATAU ORANG YANG BERTENTANGAN DENGAN UMNO...TAPI...AKU FIKIRLAH KALAULAH BUKAN KERANA UMNO DAN BN YANG MEMERINTAH MALAYSIA NI...KATAKANLAH PARTI SABUT KELAPA YANG MEMERINTAH...ERRR..AKU SENDIRI TAK DAPAT BAYANGKAN MACAM MANA RUPA MALAYSIA NI SEKARANG....AGAK AGAK ADA MACAM RUPA SOMALIA TAK???? EHEH..JANGAN MARAH YEE..NANTI KENA MAKI PULA...BYE!
Catat Ulasan