Ahad, 21 Februari 2010

LIM GUAN ENG ANTI MELAYU - "AYUH UMNO, MARI KITA BERDEMO LAGI"


PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.

Komen: UMNO, Brahim katak (Perkasa) dan NGO sila tetapkan tarikh, bila kita nak berdemo bantah perlantikan ini. Tak sabar rasanya nak tengok ulang tayang beruk-beruk yang sama berdemo ketika membantah pembatalan perarakan Maulidur Rasul yang kononnya diputuskan oleh kerajaan negeri P.Pinang tempohari. Kali ini aku terpaksa sokong UMNO kerana memang benar LGE anti melayu. Errkkkk!... Patahiyah tu... bukan melayu ker!...

Tiada ulasan: