GEORGETOWN, 24 Feb: Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat jemputan debat oleh Pemuda Pakatan Rakyat kelmarin jelas menggambarkan sayap parti itu sekadar berkokok sahaja tetapi takut berdepan dengan fakta yang sebenar.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, tindakan itu juga menunjukkan Pemuda Umno itu tidak sanggup berhadapan dengan sayap Pakatan Rakyat yang dilihat lebih relevan menangani isu yang berbangkit.
Menurutnya, mereka hanya berkokok tetapi ekor bergelumang tahi kerana sepanjang berada di arena politik mereka gagal meningkatkan tahap ekonomi, sosiobudaya serta gagal membawa hala tuju perjuangan Melayu.
"Selama berada di arena politik, apa yang mereka perjuangkan untuk rakyat, tiba-tiba apabila kalah merekalah orang yang paling tinggi bersuara kononnya mahu membantu Melayu," tambah beliau.
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali sewaktu dihubungi menyifatkan tindakan itu membuktikan tahap pemikiran pemuda Umno yang amat rendah dan tidak bertamadun.
Katanya, mereka langsung tidak menghormati usaha yang dibuat untuk membuktikan siapakah sebenarnya petualang yang sengaja mencari kesalahan tanpa fakta.
"Tindakan mereka itu tidak langsung nampak sikap beradab dan bertamadun malahan rakyat sendiri boleh mengukur betapa angkuhnya parti itu yang dikatakan membela nasib Melayu Pulau Pinang," katanya.
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik pula berkata, Pemuda Umno hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanyalah alasan kerana sebenarnya mereka bimbang hujah yang diberikan terkena batang hidung mereka sendiri.
Ini, katanya kerana apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat laksanakan sesuai dengan kehendak semasa iaitu melalui tender terbuka tidak lagi berkonsepkan kroni semacam dulu.
"Kedudukan Umno makin parah bila mengoyak kertas jemputan debat. Maruah mereka jatuh teruk kerana takut berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat bukan Ketua Menteri kerana Lim mempunyai bukti kukuh untuk tolak tohmohan mereka," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan