Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka semalam, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Selama ini bukan sahaja rakyat biasa yang masih tidak faham apa itu gagasan 1Malaysia, rupa-rupanya pegawai khas Najib sendiri pun ikut sama tidak cerdik mengenai gagasan 1Malaysia yang dimaksudkan oleh bosnya sendiri.
Pemuda MIC dijadual akan membuat laporan polis dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.
Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.
Akibat keceluparan mulut pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar diarah meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi semalam, demikian menurut sumber.
3 ulasan:
Nampaknya hanya Najib seorang sahaja lah yang faham apa itu konsep gagasan 1Malaysia. Orang UMNO-BN sendiri pun keliru dengan slogan retorik macam tu rupanya.
adakah betul apa yang beliau cakap rasis atau kata kata beliau hanya diambil separuh dan yang mendengar tu pun rasis.kalau pr cakap perkara yang berbau rasi dia kata kebebasan bersuara.bila datuk nasir safar kata perkara yang belum tentu rasis,dengan serta merta dilabel rasis.inilah jenis manusia yang percaya segala perkara tanpa menyiasat kebenarannya.paling memalukan ialah apabila ada segelintir penulis blog menulis tanpa dipastikan kebenaran perkara yang diterima!.semuanya atas nama kebebasan!.
Salam Junior Ranau. Anda boleh nafikan perkara itu tetapi adakah anda mampu menutup mulut terhadap ahli-ahli yang hadir pada hari tersebut!?...
Catat Ulasan