Memaparkan catatan dengan label pdrm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pdrm. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2013

OKT MATI DALAM LOKAP IPD TAMPIN


Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat Seremban lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.   

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.

Semalam, PV Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.

- Bernama

Sabtu, 1 Jun 2013

'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan'


Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini. sumber

Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran.

Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu.

Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki.

Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009.
Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.
Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.

Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari.

Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebam bertindih".
Abdomennya, di bawah kawasan buah pinggang dan pusat, juga mempunyai kesan yang sama.

Kedua-dua telinga Dhamendran itu terdapat kesan luka 'staple' dengan 'staple' masih ada di situ manakala kakinya terdapat luka tusukan, juga dipercayai dari 'staple' yang telah dibuang.

Menurut Surendran, terdapat luka staple yang konsisten dan menurutnya ia menunjukkan bahawa stapler telah digunakan untuk menyeksanya.

Beberapa lebam lain yang dijumpai pada badan Dhamendran ialah: darah beku tebal pada bahagian bawah paha kanannya, berukuran 28 x 20 cm.
  • Satu tanda darah beku yang banyak paha kirinya, berukuran 50 x 31 cm.
  • Lebam berukuran 23 x 14 cm pada bahagian bawah kaki kiri.
  • Darah beku berukuran 9 x 6.5cm pada sebelah kiri mukanya.
  • Tanda  lebam di leher dan bahagian atas dada, berukuran 13 x 8cm.

Isnin, 10 Disember 2012

ADA AKU KESAH - BEKAS-BEKAS YANG MENINGGALKAN BEKAS

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau  menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Musa perlu sedang bahawa kejujuruan seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya. mkini

Jumaat, 14 September 2012

JANGAN JADIKAN NEGARA KITA BAHAN LAWAK!...

 

 


 

Sampai bila baru nak ambil tindakkan... Tlg jangan buat lawak der...

Percayakah anda...

Rabu, 5 September 2012

DOUBLE STANDARD: SUSAH SANGAT KER!... NAK BERLAKU ADIL

Pagi ni kita nak bincang pasal budaya 'double standard'. Double standard merupakan satu budaya yang cukup terkenal di dalam masyarakat kita. Maksud double standard ini layanan atau tanggapan kita kepada 2 golongan yang berbeza terhadap 1 perkara sama. Contohnya, berlaku satu peristiwa A, kita layan B endah tak endah tapi C kita layan umpama VVIP. Haha..., lebih kurang macam tu lah. Jom kita tengok contoh-contoh double standard di kalangan masyarakat kita
 
 


 Sampai sekarang tiada tangkapan.

Khamis, 3 Mei 2012

EDISI JANGAN PERCAYA - POLIS BANGGA DAPAT TIBAI KEPALA PENDEMO BERSIH 3.0

 Klik untuk besarkan

Kita mohon agar PDRM tidak bersikap bias dan memilih bulu dalam menjalankan keadilan. Komen di atas dikeluarkan oleh seorang anggota polis. Rakan2 dia printscreen sebab apa tue tak pasti. Tapi mungkin kerana dia seperti mendabik dada dan berbangga atas keganasan yang dia lakukan terhadap pendemo bersih. http://www.facebook.com/faizalbch

 Jangan jadi ANJING kepada KERAjaan yang zalim.

Rabu, 2 Mei 2012

JANGAN PERCAYA, INI MUNGKIN CERITA BOHONG


KUALA LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya di Bersih 3.0, wartawan Malaysiakini Koh Jun Lin berkata beliau ditahan ketika merakam aksi polis mengasari para peserta perhimpunan.

Koh ditahan di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berdekatan dengan Dataran Merdeka ketika merakamkan aksi polis meleraikan sekumpulan para peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.

“Walaupun menunjukkan tag media di baju jurugambar saya, dan memberitahu bahawa saya seorang wartawan, saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk meletakkan kamera saya.

"Saya memberikan respon dengan merendahkan kamera, dan menjerit ‘Media! Media!’ dan cuba mencapai ke dalam poket saya untuk mendapat penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak berpuas hati,” tulis Koh di Malaysiakini.

Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di mana beliau ditahan dan kamera dan tag media beliau dirampas polis.

“Semasa dibawa melepasi sebarisan pegawai polis dan orang beruniform di Jalan Raja, satu daripada anggota polis mengambil kesempatan melepaskan tumbukan ke perut saya,” tulis Koh, sambil menambah kesakitan itu masih dirasai ketika beliau menulis artikel beliau.

Koh berkata ketika ditahan, ada pihak polis yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan beliau mengapa beliau ditahan terus tidak diendahkan.

“Saya ditahan di luar Royal Selangor Club, bersama 200 tahanan yang lain, sehingga 7 malam di mana saya memberikan bantuan merawat luka-luka yang dialami oleh ramai dari mereka yang ditahan,” tulis beliau.

Beliau berkata ketika memberikan rawatan kepada tahanan, beliau sempat bertanya pada semua tahanan, “Adakah mereka dipukul?”
“Jawapan yang saya terima adalah ‘Ya’ dan secara sinisnya, ‘Siapa yang tak kena?” tulis beliau.

Koh berkata beliau berjaya berunding untuk mendapatkan kembali tag medianya dengan menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang memulangkan kembali kamera beliau, namun kad memori kamera itu dirampas.

“Saya tak tahu apa di dalam, tapi pihak atasan telah melihat gambar tersebut dan mereka hendakkannya sebagai bukti,” kata pegawai polis itu kepada Koh.

Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan tersebut kerana kad memori tersebut adalah hasil kerjanya yang paling penting untuk hari tersebut.

“Antara gambar yang ada ialah bagaimana polis mengejar dan menahan sekumpulan peserta, deraan yang dialami oleh seorang pegawai polis, tembakan gas pemedih mata, gambar berlumuran darah wartawan TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid bersama tag media beliau yang beliau berkata dipukul oleh sekumpulan pendemo,” kata Koh.

“Di sebelah lewat petang, saya dibawa di dalam bas bersama tahanan lain, dan saya dapat melihat lebih banyak kekejaman polis. Tahanan dalam bas, yang sudah merasai keperitan aksi polis, melihat dengan seram ketika bas berjalan bagaimana para pendemo dipukul, termasuk seorang di atas jalan raya sedang ditendang oleh beberapa pegawai polis,” kata Koh.

Koh berkata beliau dibawa ke Pulapol di Titiwangsa dan seorang superintenden polis berkata tahanan beliau adalah satu kesilapan dan mengarahkan pegawainya untuk melepaskannya dengan serta merta.

“Tiada dokumentasi yang dilakukan pada penahanan saya atau rampasan terhadap kad memori saya,” kata Koh.

Ahad, 9 Mei 2010

TEMBAK KEMUDIAN MINTA MAAF, SETTLE MASALAH

Tidak sampai dua minggu negara digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.

Mohd. Azizi dikatakan sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian sebelum ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan berkata, “Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi dan ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden tersebut".

Komen: Dah tembak lepas tu mohon maaf, mudahnya... kerja polis.

Rabu, 28 April 2010

SIAPA PENJENAYAH SEBENARNYA!...

..._...|..__________ __________, , ) ____ IIID
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___//
..//___//
.//___//

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media. selanjutnya...

Selasa, 27 April 2010

KES TEMBAK REMAJA 15 TAHUN DI BAWA KE KABINET


Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. mkini

TAHNIAH POLIS SELANGOR

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.

Katanya, beliau sendiri membawa saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut lalu balik ke rumah. sumber

p/s: Awas! Jika kereta seseorang diperiksa dan ditemui sebilah parang atau sabit dijadikan sandaran bahawa orang berkenaan sebagai penjenayah, ada kemungkinan pekerja ladang atau petani mungkin berhadapan dengan situasi ini sekiranya anda pergi atau pulang dari ladang dengan kenderaan membawa barang tersebut.

Jumaat, 19 Februari 2010

HEBATNYA POLIS MALAYSIA, SUKAHATI NAK BELASAH ORANG

Malam 12 Feb adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.

Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.

“Waktu itu jam 10 malam. Saya sedang duduk besi penghadang di Stesen LRT Star di Sentul, menunggu ayah saya seperti biasanya.

"Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri, membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van.

"Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan mahukan identitinya dirahsiakan.

Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.

Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.

“Saya sebegitu takut dan menjerit meminta tolong, sedangkan saya tidak tahu bahwa mereka adalah polis.”

Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul.

Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.

Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.

Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali melalui telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.

Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.

“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.

Remaja lepasan SPM itu berkata bapanya membuat laporan polis pada keesokkan hari di balai polis Sentul dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil.

Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.

Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.

OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas mengenainya.

Isnin, 1 Februari 2010

USAH PERCAYA LAGI PADA POLIS


MANGSA menunjukkan laporan polis dan tempat dia disimpan di Kampung Baru Cina, Kulim.

GEORGETOWN: Lari dari mulut buaya, masuk mulut naga. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu seorang anggota polis sejak 10 tahun lalu.

Wanita berusia 40 tahun, dari Sungai Nibong di sini, pada awalnya mengharapkan persahabatan dengan anggota polis berusia 47 tahun berkenaan boleh menamatkan penderitaannya yang sering dipukul suami.

Malangnya, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 tahun itu hidup terumbang ambing dan bergelumang dosa kerana dipaksa menjadi perempuan simpanan walaupun masih bergelar isteri orang.

Malah, sejak bersekedudukan dengan lelaki itu, dia mendakwa sudah sembilan kali menggugurkan kandungan sehingga rahimnya rosak dan dipaksa mengambil ubat pencegah hamil.

Dia membuat pengakuan itu kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di sini sebelum menunjukkan 'markas' tempat anggota polis itu memuaskan nafsunya.

Mengimbau kisah dukanya, wanita itu mendakwa bertemu anggota polis itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat kecantikan di Bukit Jambul dan keesokannya, lelaki itu menunggunya dan mahu berkenalan.

Saya memberitahunya saya sudah bersuami tetapi dia tetap mahu berkawan. Saya kemudian menerimanya sehingga dia berani 'merampas' saya daripada suami ketika berada di rumah," katanya.

Wanita itu juga mendakwa anggota polis itu cuba menyalahgunakan kuasa bagi memerangkap suaminya, tetapi ia diketahui pegawai atasannya dan dia ditukarkan ke tempat lain.

Walaupun ditukarkan, anggota polis itu masih berhubung dengannya dan mendakwa seperti dipukau kerana akan mengikuti apa saja yang dikatakan lelaki itu tanpa berani melawan, memendam perasaan serta sentiasa ketakutan.

Dia juga ke tempat anggota polis itu setiap hari selepas bekerja dan ditempatkan di rumah yang tersorok di sebuah kawasan kediaman.

"Setiap hari saya dipukul, didera, dicekik dan diterajang sehingga selalu mengalami sakit dalam badan. Saya juga dipaksa makan dan minum makanan yang dibelinya yang dipercayai dijampi," dakwanya.

Sepanjang 10 tahun berkeadaan begitu, suaminya tidak mengendahkannya lagi kerana kecewa dengan perbuatannya yang bersekedudukan dengan anggota polis itu, manakala hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan isteri anggota polis itu.

Dalam tempoh itu, setiap kali hari raya, dia akan dikurung dalam rumah dengan hanya berbekalkan roti, kaya dan air kosong.

Wanita itu mendakwa, pada 14 Januari lalu, dia dirogol dalam tandas kira-kira jam 10.30 malam oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis itu, dia dipersalahkan dengan mendakwa cuba mengkhianati perhubungan mereka dan dimarahi serta dipukul sebelum ditinggalkan dalam kesakitan.

"Selepas itu saya menghubungi kakak angkat untuk mendapatkan bantuan dan pergi ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan," katanya.

Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian rogol pada 16 Januari selepas dinasihatkan doktor yang turut mendapati badannya mempunyai kesan lebam.

Selepas membuat laporan, sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai berpangkat Inspektor mengambil keterangan anggota polis itu tetapi memintanya mengaku dia isterinya.

"Saya kecewa dengan sikapnya, malah dia pernah mengugut akan melakukan sesuatu yang dahsyat jika perkara itu terbongkar," dakwanya yang kecewa kerana dua laporan polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Kulim, Kedah tidak diambil tindakan. Sumber

Sabtu, 30 Januari 2010

MUSA HASAN PERLU DIDIK POLIS AGAR JANGAN JADI PENGGANAS

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Rabu, 2 September 2009

NIZAR ZAMBRY - BILA MASA RAKYAT PILIH ZAMBRY

MB haram (Zambry) telah diaibkan oleh penyokongnya sendiri dengan perkataan banner di bawah. Sendiri mau ingat lah.... bila masa rakyat Perak pilih hang!...


Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu di Ipoh pagi tadi.


Sabtu, 1 Ogos 2009

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA BERJAYA

Terimakasih kepada PRDM kerana telah berjaya membuat provokasi dalam himpunan GMI petang tadi. Namun dengan kebangkitan kira-kira hampir 100 ribu rakyat tidak mematahkan semangat untuk rakyat berjuang untuk menuntut supaya ISA dimansuhkan.

Walau di tembak dengan gas pemedih mata dan water canon, mereka tidak berganjak malah polis sendiri akhir telah mati akal. Perhimpunan tetap berjalan dengan lancar. Setiap pelusuk dan penjuru orangramai berada dimana-mana dan bersatu kembali apabila keadaan terkawal.

Sebelum ini Ibrahim Katak telah mencabar GMI dengan berkata, jika GMI teruskan niat untuk berdemo maka mereka juga akan mengerakkan NGO-NGO yang pro ISA turut serta menentang GMI.

Anehnya, tiada seekor pun dari pro ISA kelihatan. Mana perginya PEWARIS dan Ibrahim Katak(Perkasa). Nampaknya ternyata mereka telah gagal atau takut hendak berhadapan dengan GMI. Kecut telor mereka rupa-rupanya.


















Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh







Hadir sama turut memberi ucapan di hadapan pejabat PAS, Jalan Raja Laut ialah Anwar Ibrahim, TG Hadi Awang, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub serta beberapa orang lagi pemimpin PR. Majlis ditamatkan dihadapan pejabat PAS pada kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam majlis yang sama, Salahuddin Ayub juga mengumumkan kepada sesiapa saudara mara yang telah ditahan oleh polis sila maklumkan kepada sekateriat untuk tindakan lanjut untuk proses undang-undang bagi membebaskan mereka. Dianggarkan lebih kurang 100 peserta GMI telah ditahan oleh pihak polis, kata Salahuddin.






Perhatian: Anda dibenarkan untuk menyalin semula semua gambar-gambar di atas tetapi hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik blog ini. Terima kasih.