Perkara itu disahkan oleh sumber SPRM sendiri.
Difahamkan beliau ditahan semalam bagi membolehkan SPRM merekodkan keterangan berhubung dakwaan itu.
Setiausaha yang berusia lewat 30-an itu dikatakan berkerja dengan menteri berkenaan sejak April lalu.
Difahamkan SPRM mula menyiasat Setiausaha Politik itu sejak setahun lalu selepas menerima aduan daripada orang awam yang melihat gaya hidup mewahnya.
Siasatan mendapati Setiausaha Politik itu memperolehi kekayaan tersebut melalui wang sogokan yang diperolehinya dengan meluluskan projek-projek gergasi yang mencecah jutaan ringgit.
SPRM juga dikatakan sebelum ini memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik beliau dan akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.
Beliau juga difahamkan mempunyai beberapa kereta mewah dan juga beberapa buah rumah mewah di Lembah Klang. Kesemua harta itu juga dipercayai dibeli menggunakan nama pihak lain, bagi mengelakkan dirinya menjadi buruan SPRM.
Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi meminta orang ramai dan media supaya tidak membuat sebarang spekulasi tanpa asas yang kukuh. u-meloya
4 ulasan:
DIMANA ADA UMNO, DISITU ADA RASUAH CILAKAK PUNYA UMNOOOO.....
Tapi macam biasa, kes ni takkan ke mana, hanyut begitu saja. SPRM pada mulanya pasti ingatkan setiausaha sulit pemimpin PR, tu pasal diorg laju je siasat. Bila dapat tahu beliau su menteri UMNO, SPRM pasti serba salah dan cuba kambus kes ni macam anjing kambus taik sendiri selepas berak.
Salam kembara putih. Itulah kehebatan dan keistimewaan berpolitik dalam UMNO. Setiap perbuatan mereka sentiasa dilindungi. Kerana di negara 1Malaysia ada mempunyai 2 set undang2 iaitu:
1. undang2 untuk orang2 UMNO-BN.
2. undang2 untuk pembangkang.
kadang2 bosan tengok jerung terlepas dgn mdh... padahal ikan2 bilis jugak la yang kene... ngok tul.. beeeeeeeennnciiiii..
Catat Ulasan