Isnin, 13 Julai 2009

MANEK URAI - LAGI RASUAH UMNO DISAAT-SAAT AKHIR

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

Bagaimanapun semua janji di atas hanya akan terlaksana jika UMNO-BN berjaya menawan Manek Urai. Kalau tak menang, hangpa semua kena kencing. Jangan harap kami nak jadikan anak emas, anak angkat pun belum tentu.

Bagi pengundi-pengundi Manek Urai yang akan membuang undi esok, buatlah pilihan dengan bijak samada hendak mengundi parti perasuah atau parti yang berjuang untuk menegakkan dasar Islam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

ko pernah sampai ker kat sana?cakap banyak lak..kat sana tu mmg dah kawasan pertanian la...cuma dia nak bangunkan lagi pun..kat sana tu mmg tempat pengumpulan hasil pertanian...klu nak banding ngan kampung lain...kat situ la tempat paling sesuai..jgn nak suka suki jer buat laporan itu ini...jgn nak suka suki jer tulis itu ini..pergi dulu sana...baru menilai sendiri...ko sedap jer cakap parti rasuah...ko pon makan rasuahgakkan?