Khamis, 23 Julai 2009

MARI BERSANGKA BAIK DENGAN KARTIKA - MODEL SAMBILAN

Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

p/s: Seorang wanita sanggup mengakui kesilapan serta meminta pula hukuman dipercepatkan, agar orang lain insaf tidak mencontohi perbuatannya. Namun jika dibandingkan Kartika dengan akhlak UMNO-BN, parti karat ini tidak pernah rasa bersalah dengan menindas dan menipu rakyat, malah berasa insaf jauh sekali.

2 ulasan:

Unknown berkata...

ko bila lagi nak kena sebat?ashik mengata mencaci org merata tempat jerk...hahahah

LeeSlimShady berkata...

kah..kah...Woit..jangan tanya dia bila nak kena sebat Tanya Tuhh...bekas Ahli Parlimen Gombak tuh bilerr...nak kena sebat pasal bersekedudukan dengan Bini orang iaitu Ketua Wanita UMNO selangor...
ngokk...kah...kah...kah....