Rabu, 15 Julai 2009

KITA KALAH UNDI TAPI MENANG MORAL - NAJIB

Najib berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku di Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi perdana menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Walaupun BN tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. Ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN," kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihanraya umum tahun lepas.

PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperolehi 5,348 undi berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Man (5,283 undi).

Daripada kenyataan Najib di atas dapatlah disimpulkan bahawa pengundi Manek Urai berhak mendapat jambatan baru seperti yang dijanjikan oleh UMNO-BN. Maka inilah masanya janji-janji yang ditaburkan sebelum pilihan raya mesti dikotakan, kalau tidak UMNO-BN sekali lagi pasti akan dilemaskan ke dalam sungai Manek Urai pada PRU13.

Setelah UMNO-BN bertungkus lumus memberi pelbagai habuan, gula-gula dan janji-janji politik akhirnya hanya 65 undi sahaja yang tidak termakan umpan mereka. Jika jambatan gagal dibina di Manek Urai maka nilai jambatan bukanlah RM7 juta sebaliknya ianya bernilai 65 undi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEHKEHKEH BLOG NI MCM hamPAS LANGSUNG TARAK ISI!!..YEHAAAAAA!!!..BY DE WAY RAILWAY!..KO SURO LA PAK AJIS BIKIN TITI JEK KT SITU KEHKEHKEH