Isnin, 20 Julai 2009

NYAWA-NYAWA IKAN UMNO-BN LEBIH TERUK DI BAWAH PARAS 65

Pada PRU12 yang lalu, majoriti BN lebih teruk jika dibandingkan dari kemenangan PAS pada PRK di Manek Urai di tiga kawasan iaitu di N.29 Seri Serdang, N.36 Pengkalan Baharu dan P.208 Sarikei. Kemenangan PAS diejek dan dicemuh hanya sekadar menang "nyawa-nyawa ikan" dari pandangan UMNO-BN iaitu dengan kelebihan 65 undi.


Tetapi UMNO-BN mudah lupa bahawa kemenangan di tiga kawasan yang mereka pernah tandingi pun mereka di bawah tahap nyawa-nyawa ikan, malah lebih teruk lagi. Lihat sahaja carta di bawah ini yang menunjukkan keputusan pada PRU12 yang lalu. Tetapi mereka tetap merasakan diri mereka gah dari orang lain. Inilah sifat angkuh UMNO-BN yang tidak akan pudar.


N.29-SERI SERDANG - Majoriti BN 45


N.36-PENGKALAN BAHARU - Majoriti BN 14


P.208-SARIKEI - Majoriti BN 51

Berbeza dengan Manek Urai, UMNO-BN jelas mempergunakan segala jentera kerajaan bagi memenuhi nafsu mereka demi kemenangan calon yang mereka taja. Berbagai bentuk rasuah samada rasuah wang dan rasuah bentuk politik mereka usahakan. Namun kemenangan berpihak jua kepada calon PAS.

Perangai UMNO-BN yang tidak pernah berasa malu terhadap rakyat akan membuatkan UMNO-BN akan merana suatu ketika nanti. Jika mereka gagal berubah mereka hanya akan menanti saat-saat rebah kebumi. Sekarang UMNO-BN sedang mereput sedikit demi sedikit dari dalam namun mereka masih bernafsu untuk menyatakan mereka sebenarnya masih kuat. Bekas Menteri Kesihatan dari MCA pun tidak percaya pada kemampuan BN untuk mentadbir 1Malaysia apabila mengistiharkan dirinya keluar dari MCA dengan menyertai PKR.

1 ulasan:

Unknown berkata...

mcm pernah baca jer artikel nie..ko curi ek?mmg dasar mencuri la ko nie.....ko tek reti menaip sendiri ker?