Rabu, 22 Julai 2009

KU LI BAKAL MENINGGALKAN UMNO SEDIKIT MASA LAGI

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan keluar dari Umno. Adakah khabar angin ini sekadar permainan pihak tertentu? Atau adakah khabar angin ini akan menjadi realiti?

Khabar angin ini timbul ekoran daripada tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim semalam yang mempelawa Ku Li menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menolak parti perkauman.

Menurut sumber, Ku Li juga tidak berapa seronok berikutan hak yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan iaitu negeri tanah tumpah darahnya berkaitan royalti minyak telah dinafikan. Dalam nada yang tak sealiran dengan Umno telah memberi isyarat yang jelas bahawa ada ura-ura Ku Li akan meninggalkan parti keramat itu.

Ku Li yang juga mantan Menteri Kewangan, berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh."

8 ulasan:

Unknown berkata...

hang nie takdak kerja lain ka...ashik masuk pedajal blog org...pastu copy blog org...aku ingat muka hang pon cam berok la.....sebijik cam berok..mmg sipat berok suka tiru telatah org lain...

Unknown berkata...

aku suka copy blog org...

LeeSlimShady berkata...

Eh ! Ni apasal ada 2 ekor beruk Afrika kat sini neh ???

Ape Munkee ni buat kat sini neh ??

A-I-B berkata...

Biarkan si beruk pencacai UMNgok 2ekor tu merayau & meracau. Pasal tu dok nyibuk intai blog pro PR. Agaknya puak gerombolan pun dah tak suka beruk nie, pasal tu diorang lepaskan dari kandang.

LeeSlimShady berkata...

Diorang dah tak jadi Gerombolan lagi dah ...

diorang di panggil sebagai Geng Algojo......

Tu Bukan meracau,Tu tengah sakit jiwa pasal dah kalah 6-1 kah...kah...kah....

tu yang pakai SPRM untuk bunuh orang tu ka..kah..kah...

Unknown berkata...

opssss...sapa yang berok nie...korang la yeng berok...komen nama lain,tap tuan yang sama...muka pon cam ala2 berok la sket2....hahahah.hipokrit!

Fadhlah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

oh...aku adalah seorang hipokrit..teknition yang makan duit haram kerajaan...guna kemudahaan kerajaan yang aku keji...suka mencacacerba blog orang lain...muka mcam berok..lepastu kata kat org lain berok....dengki dengan blog org yang ada sambutan....copy ntree org lain..lepas tu masuk dalam bog sendiri...angap ajer la otak ko kecik mcm otak burung unta....takdak akai nak tulis ntree sendiri...menyumpah seranah org adalah permainan aku.....