Isnin, 3 Januari 2011
UMNO SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK
IPOH - Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain menyeru ahli Pas memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS.
Menurutnya, ahli Pas perlu mendaftarkan diri dan ahli keluarga masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan pada setiap kali pilihan raya diadakan. :
Menurut beliau, rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dahsyat.
“Anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihan raya akan datang bagi menyelamat negara dari penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional (BN). :
“Sebagai ahli Pas perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan yang dipegang selama ini,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Abu Bakar berkata, beliau tidak mahu melihat ada ahli Pas yang mempunyai semangat berkobar-kobar menentang UMNO tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jemaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudikan pemimpin UMNO dan BN.
Menurut Abu Bakar, pemimpin BN telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat.
Beliau berkata, lebih buruk lagi apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan