Khamis, 27 Januari 2011

CALON BN LABIS BERHADAPAN TINDAKAN SAMAN

Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana calon BN yang pernah menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah daerah Segamat, akibat kecuaiannya telah menyebabkan sebidang tanah milik penduduk dilelong kepada pihak ketiga secara tidak sah. [Calon BN DUN Tenang].

Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Muar untuk menuntut keadilan, hasilnya Calon BN Datuk Ai telah kalah di dalam perbicaraan dan tanah tersebut berjaya dikembalikan kepada tuan punya yang asal pada tahun 2008 bersama kos kerugiannya. [Dokumen mahkamah]

Namun begitu pembeli (pihak ketiga) yang telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 70, 000 telah mengalami kerugian yang besar akibat kes ini, lantas melantik peguam untuk mengeluarkan saman sivil dengan menamakan Datuk Ai sebagai defenden pertama diikuti oleh Pegawai dan Pejabat Tanah Segamat, serta Kerajaan Negeri Johor.

Hari ini, di dalam sidang media yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Pengarah Pilihanraya PAS, Salahuddin telah mendedahkan bahawa Calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah disaman bersama-sama dengan Pegawai dan Pejabat Tanah Daerah Segamat, serta Kerajaan Johor sebanyak RM 1.5 Juta sebagai ganti rugi akibat kerugian yang dialami oleh pembeli. [Malaysiakini]


Kes saman Rm 1.5 Juta ini difailkan pada tahun 2009 dan akan didengar di mahkamah pada 7 Febuari 2011 ini. Namun begitu Calon BN ini dilihat berbohong apabila mengatakan bahawa kes tanah tersebut sudah selesai. [Utusan]

Nampaknya wang RM 1.5 Juta milik kerajaan Negeri Johor bakal digunakan untuk membayar tuntutan saman ini sekiranya kes ini kalah. Belum apa-apa dah menyusahkan Negeri Johor!


source: milosuam

2 ulasan:

MDS TECH SOLUTIONS berkata...

Silakan papagomo danpencacai2 BN komen perkara ni.. tak sabar rasanya..
hehhehe

Apco berkata...

Setiap pembohongan UMNgok pasti terbongkar