Sabtu, 22 Januari 2011

PILIHAN RAYA SERENTAK - 1MALAYSIA

Najib tidak memberi sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mempertimbangkan sebarang kemungkinan.

“Boleh... tunggu dan lihat,” katanya ketika ditanya oleh pemberita sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi dua pilihan raya secara serentak baru-baru ini.

“Dalam pilihan raya, sebarang kemungkinan boleh terjadi,” kata Najib, yang juga Pengerusi BN, selepas melancarkan Dana Belia 1 Malaysia.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud dilaporkan sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Najib dengan kemungkinan mengadakan pilihan raya Parlimen dan Negeri secara serentak.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir Julai ini manakala Parlimen pula April 2013.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Najib yang dipetik Bernama berkata, pilihan raya kecil bagi kerusi itu merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali dan tidak dapat dielakkan.

Haha!... itu tandanya Najib dah beri isyarat kepada pemimpin-pemimpin UMNO-BN supaya bersiap sedia untuk hadapi PRK13 tahun ini. Bila tarikhnya!.. hanya Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.

Tiada ulasan: