Rabu, 26 Januari 2011

BERUK-BERUK UMNO GANGGU LIM GUAN ENG BERCERAMAH

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah... Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng". Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berlaku.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eh melayu BODOH! Guan Eng sicina lahanat ni yang akan hancurkan org melayu!

Umngok berkata...

Eh! Si bodoh UMNO. Chua Soi Lek dari MCA tak bodohkan melayu umno ker?