Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan yang dibina dengan rampasan kuasa itu sangat jelas dan serius bertindak gelojoh untuk mempertahan kuasa ‘haram’ melalui tindakan tersebut.
Beliau menyatakan demikian dengan merujuk laporan Sinar Harian hari ini dengan tajuk ‘kunjungan’ dan apakah kewajaran sebuah kerajaan menyumbang wang daripada dana kerajaan atau dengan nama lain sebagai wang rakyat kepada sebuah parti politik.
Menurutnya, seperti yang dilaporkan di mana dikatakan kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri ini.
Katanya, tidakkah Datuk Seri Dr Zambry selaku ketua kerajaan tahu bahawa antara kerajaan dengan parti adalah sesuatu yang berbeza dan salah sekiranya wang kerajaan yang menjadi milik semua rakyat termasuk bagi yang tidak berparti disumbangkan untuk sesuatu parti politik.
“Dalam hal ini ianya juga membuka peluang bahawa parti politik yang lain juga perlu disumbangkan kepada semua komponen BN yang lain dan ianya membawa kepada suasana pengurusan wang kerajaan yang lebih parah dan tidak mematuhi peraturan,” ujarnya.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, sekiranya sumbangan sebanyak itu untuk satu bahagian MCA di mana terdapat 24 bahagian di negeri ini, bererti sebanyak RM1.2 juta diperlukan untuk tujuan itu.
Tambahnya, jumlah yang sebanyak itu kalau diambil kira untuk satu komponen BN di Perak dan merupakan satu jumlah yang besar.
“Saya mempersoalkan dari manakah peruntukan itu diambil dan pada jumlah Bajet mana yang diluluskan seperti yang dibentangkan dalam ‘Bajet Mi Segera’ yang cuma memerlukan masa 20 minit dengan dikendalikan oleh Speaker ‘Haram’ Ganesan pada tahun lepas,” ujarnya.
Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat Perak menuntut supaya penjelasan yang terperinci diberikan dengan kadar segera kepada persoalan itu supaya rakyat tahu dari mana dana sebanyak itu diambil.
Selain itu, katanya adakah agensi dan badan kerajaan negeri yang ada di negeri Perak sudah tidak berfungsi dan boleh diharapkan lagi sehingga program untuk menarik sokongan rakyat kepada BN memerlukan penyaluran dana kepada komponen BN secara langsung waaupun ianya bertentangan dengan peraturan yang sedia ada. hrk
3 ulasan:
kahkahkah...gua rasa tentu org2 yg bertanggung jawab atas sebab jatuhnya kerajaan pakatan di perak....merasa bangga di atas sifat murah hati zambry mengambil wang rakyat yg sepatutnya di beri kepada rakyat miskin yg amat2 memerlukan bantuan...tapi wang rakyat di beri pula kepala parti mca yg kebanyakan ahli2 nya dan pemimpin2 dah memang dah jadi kaya raya selama mana mereka duduk dlm bn....patutkah wang hasil titik peluh rakyat di ambil dari perberndaharaan negeri yg di miliki oleh rakyat akan tetapi di beri kepada parti politik cina yg dah memang kaya raya....kan ke wang tu wang rakyat...apa kah ada peruntukan dlm perlembagaan wang rakyat boleh di ambil dan di beri kepada parti politik....gua nak tanya apa kah pendapat si mufti perak atas tindakan si zambry tu.....apa kah beliau setuju dgn tindakan zambry tu....dan bagaimana kah pendapat mereka yg sedikit sebanyak ada punya peranan menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat perak yg di pimpin oleh dato seri nizar dulu....apakah mereka redha di atas sikap pemurah si zambry tu mengambil wang rakyat dan di berikan pada mca....kahkahkah.....apakah mereka yg pernah membuat sujud syukur diatas kejatuhan kerajaan pakatan dulu....akan membuat sujud syukur sekali lagi di atas sifat pemurah zambry yg mengambil duit rakyat dan di beri pada parti cina mca yg dah memang kaya raya.....jawab jgn tak jawab.....gua musykil dan marah juga....sebab walau gua tak tinggal di perak....tapi sedara mara gua ramai di perak....abg gua pun tinggal di perak...dan datuk gua pun berasl dari taiping perak.....kesian rakyatperak dapat mb yg pemurah lagi banggang....kahkahkah.....

Salam anak cucu org jebong Bila Nizar bagi depa marah. Lalu depa labelkan Nizar boneka DAP.
Tapi bila mamak Zambry bagi pada puak2 cina MCA, penyokong UMNO-Apco tahap melayu felda tak marah pulak. Heran!... heran!...
Catat Ulasan