Rabu, 5 Mei 2010

POLIS HERET MACAM LEMBU - TENGKU ANIS


Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.

Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.

"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Akhbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. mkini

3 ulasan:

APCO berkata...

Kalau 'Raja' pun polis buat macam lembu, apatah lagi rakyat biasa. Rasanya dibuat macam pendatang asing jer!...

anti hipokrit berkata...

wahai rakyat sekalian lihatlah dengan mata dan hati kekejaman polis dan kerajaan..
wahai rakyat sekalian lihatlah kebenaran dengan mata dan hati,dimana PERKASA dan pemuda UMNO yang mempertahankan kedaulatan sultan...
wahai rakyat sekalian lihatlah dengan penuh keinsafan bagaimana munafiknya pelakon2 PERKASA dan pemuda UMNO dalam mempertahankan kedaulatan sultan...
wahai rakyat sekalian lihatlah betapa PERKASA dan pemuda UMNO hanya berlakon dan bertindak atas kepentingan mereka semata2 dan bukan atas sebenar2 perjuangan..
sedarlah wahai rakyat malaysia,inilah lakonan sebenar golongan munafik malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Berahim Ali kononnya dari pertubuhan Perkasam tak nak pertahankan Sultan dia sendiri ker diperlakukan sedemikian? Memang celaka betul Brahim nie!...