Rabu, 5 Mei 2010

HAPPY BIRTHDAY ALTANTUYA

KUALA LUMPUR : “Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam beberapa tahun lalu, berkemungkinan beliau akan merayakan ulangtahunnya buat kali yang ke 32 pada 6 Mei (hari ini).

Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan.

Menurutnya, imej negara kian parah ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berhubung kes itu.

“Kira – kira 19 buah media seluruh dunia menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.

Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Badrul yang juga Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu, terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.

“Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ?

Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.

Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa,” soal beliau.

Badrul menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah?

Pistol , arahan siapa dan milik siapa?

“Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan?

Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.

Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya pada 6 Mei ini, SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan tuntutan berikut;

menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara.

Untuk makluman, Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.

Menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya.

Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini.

Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.
Mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini.

Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa.

Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

“Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara.

Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

SAMM merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota keluarganya,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.

Kini pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.

Pihaknya juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.

“SAMM mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.

Terdahulu, Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari lalu.

Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.

Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.

Tiada ulasan: