Selasa, 11 Mei 2010

UMNOAPCO INGIN CETUSKAN KETEGANGAN KAUM 13 MEI BERULANG

PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.

"Ini sudah tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.

Justeru, PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.

"Kita minta rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau juga menegaskan, tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang lebih sihat.

Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu, dipergunakan untuk politik sempit Umno.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.

Belau berkata, ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya.

Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. hrk

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
A-I-B berkata...

Melayu spesis Tanpa Nama, ngko tak layak komen kat sini sebab ngko spesis bacul. Spesis binatang pun ada nama cth babi apco, beruk umno dll.