Isnin, 17 Mei 2010

PENGUNDI DI SIBU LEBIH BIJAK DARI MELAYU FELDA

Kemenangan calon Pakatan Rakyat melalui DAP di Sibu menunjukkan bahawa pengundi di sini lebih bijak daripada pengundi di Hulu Selangor pada PRK yang lalu.

Pengundi di Sibu ternyata lebih bijak kerana mereka telah menolak cara politik kuno UMNO-BN dengan menabur dan memberi gula-gula bermusim hanya pada saat berlakunya pilihanraya. Mereka bijak menilai. Tahniah orang-orang Sibu, Sarawak.

Yang menjadi persoalan kenapa bilamana tiada berlaku pilihanraya, mengapa tiada bantuan yang dihulurkan. Tetapi dengan adanya PRK bermacam-macam rasuah politik yang dijanjikan serta gula-gula ditabur bagi memenangi hati pengundi.

Kemenangan calon PR di Sibu tidak menjadi berita besar didada-dada akhbar atau media malah kekalahan BN juga dimalapkan untuk disiarkan bagi menjaga hati pemimpin mereka dari perasaan kecewa.

SPR selaku komponen UMNO-BN juga turut merasa kecewa kerana peratusan orang keluar mengundi cuma 59%. Menurut jangkaan mereka yang akan keluar mengundi sekitar 80%.

Keputusan kemenangan calon PR juga lambat diumumkan pada malam tadi. Keputusan secara rasmi hanya diumumkan kira-kira jam10.58 malam. Bersandarkan kepada bilangan pengundi yang tidak ramai sepatutnya proses pengiraan undi lebih mudah dan cepat serta keputusan undi boleh diumum dengan lebih awal. Tetapi telah menjadi trend SPR, bilamana keputusan tidak berpihak kepada BN maka keputusan kemenangan sengaja akan dilambat-lambatkan. Sekiranya calon BN bakal jadi juara nescaya keputusannya akan keluar seawal jam 9.00 malam.

Kesimpulannya bahawa orang-orang Sibu lebih bijak menilai politik yang berbentuk rasuah serta gula-gula politik BN berbanding orang kampung dan melayu felda di Semenanjung.

Tiada ulasan: