Memaparkan catatan dengan label zambry mb haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zambry mb haram. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mei 2010

ZAMBRY BONEKA MCA

Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui BN yang tidak direstui oleh rakyat secara majoriti semakin pincang dengan penyalahgunaan wang rakyat untuk disumbangkan kepada setiap bahagian MCA sebanyak RM50,000.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan yang dibina dengan rampasan kuasa itu sangat jelas dan serius bertindak gelojoh untuk mempertahan kuasa ‘haram’ melalui tindakan tersebut.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk laporan Sinar Harian hari ini dengan tajuk ‘kunjungan’ dan apakah kewajaran sebuah kerajaan menyumbang wang daripada dana kerajaan atau dengan nama lain sebagai wang rakyat kepada sebuah parti politik.

Menurutnya, seperti yang dilaporkan di mana dikatakan kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri ini.

Katanya, tidakkah Datuk Seri Dr Zambry selaku ketua kerajaan tahu bahawa antara kerajaan dengan parti adalah sesuatu yang berbeza dan salah sekiranya wang kerajaan yang menjadi milik semua rakyat termasuk bagi yang tidak berparti disumbangkan untuk sesuatu parti politik.

“Dalam hal ini ianya juga membuka peluang bahawa parti politik yang lain juga perlu disumbangkan kepada semua komponen BN yang lain dan ianya membawa kepada suasana pengurusan wang kerajaan yang lebih parah dan tidak mematuhi peraturan,” ujarnya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, sekiranya sumbangan sebanyak itu untuk satu bahagian MCA di mana terdapat 24 bahagian di negeri ini, bererti sebanyak RM1.2 juta diperlukan untuk tujuan itu.

Tambahnya, jumlah yang sebanyak itu kalau diambil kira untuk satu komponen BN di Perak dan merupakan satu jumlah yang besar.

“Saya mempersoalkan dari manakah peruntukan itu diambil dan pada jumlah Bajet mana yang diluluskan seperti yang dibentangkan dalam ‘Bajet Mi Segera’ yang cuma memerlukan masa 20 minit dengan dikendalikan oleh Speaker ‘Haram’ Ganesan pada tahun lepas,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat Perak menuntut supaya penjelasan yang terperinci diberikan dengan kadar segera kepada persoalan itu supaya rakyat tahu dari mana dana sebanyak itu diambil.

Selain itu, katanya adakah agensi dan badan kerajaan negeri yang ada di negeri Perak sudah tidak berfungsi dan boleh diharapkan lagi sehingga program untuk menarik sokongan rakyat kepada BN memerlukan penyaluran dana kepada komponen BN secara langsung waaupun ianya bertentangan dengan peraturan yang sedia ada. hrk

Khamis, 15 Oktober 2009

SIDANG DUN PERAK 28 OKT - NIZAR ZAMBRY

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

ImageAdun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin.

Khamis, 24 September 2009

ZAMBRY MB HARAM - PUAK UMNO MEROYAN GAMBAR ZAMBRY KENA SIMBAH CAT

Gambar Nizar pun pernah kena simbah cat suatu ketika dulu

Nak tanya UMNO pulak, sapa puak-puak nie!...

IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya.