Tidak sampai dua minggu negara digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.
Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.
Mohd. Azizi dikatakan sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian sebelum ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan berkata, “Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi dan ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden tersebut".
Komen: Dah tembak lepas tu mohon maaf, mudahnya... kerja polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan