Rabu, 30 Disember 2009

MISI SELAMATKAN MAHATHIR


KOTA KINABALU 29 Dis. - Kerajaan tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tidak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

"Apa yang penting adalah kita melihat masa depan. Semua Perdana Menteri telah memberi sumbangan yang besar sehingga membolehkan masyarakat kini menikmati pelbagai kemajuan.

"Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai mengulas tindakan Barry Wain yang berpangkalan di Singapura menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

1 ulasan:

MY LIFE berkata...

Salam A-I-B, buka minda berdasarkan fakta...jangan sedap nak main kata-kata...Masalahnya siapa yang timbulkan idea penggunaan nama ALLAH? Isunya sekarang bukan hakim tu siapa lantik tapi siapa yang mulakan kalimah suci ALLAH tu boleh pakai di gereja. Isu ini bermula dari situ, wahai A-I-B..sejak itulah puak gereja timbul idea dan berani mempergunakan peluang ini hingga isu dibawa ke mahkamah...sila rujuk fakta dari awal isu ini bermula wahai A-I-B, jgn main sedap tulis je...