Khamis, 3 Disember 2009

KENA TONGGENG PUNGGUNG JIKA NAK AMBIL BEG

Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim dari Umno, digantung daripada menghadiri sidang DUN kerana insiden 'tunjuk punggung', menyebabkan semua ADUN BN bertindak keluar dewan.

Azhar yang juga ADUN Penaga digantung sepanjang sidang dewan sekarang, yang akan berakhir esok, selepas beliau enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (DAP-Pantai Jerjak) semalam.

Azhar dituduh melakukan perbuatan itu ketika hendak keluar dewan setelah Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan beliau keluar kerana enggan menarik balik istilah "dua tiga kerat" semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.

Bercakap kepada media di lobi dewan, Azhar mendakwa ia merupakan satu lagi konspirasi Pakatan Rakyat untuk menutupnya daripada mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula.

"Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, insiden ini bermula apabila Sim yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 pagi ini membangkitkan isu itu yang kemudiannya mendapat perhatian daripada Abdul Halim.

Speaker itu kemudian mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Sim.

Abdul Halim juga mempelawa Azhar untuk menonton tayangan video kejadian semalam namun Azhar enggan.

"Saya tidak bersalah, untuk apa saya minta maaf atas perkara yang saya tidak lakukan. Saya ada prinsip dan berpegang kepada prinsip itu," katanya.

Selain Azhar, lapan lagi wakil rakyat Barisan Nasional turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan.

Azhar digantung sehingga persidangan selesai esok.

Azhar berkata beliau akan menghantar aduan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung tindakan yang dikenakan terhadapnya, dan salinan aduan itu dihantar kepada semua Speaker DUN negeri. Sumber: mkini

Satu masa dulu Menteri Besar Pahang yang menunjukkan isyarat lucah tetapi menipu menyatakan bahawa beliau tak tunjukkan isyarat lucah tetapi sekadar mengangkat tangannya kerana dikatakannya terseliuh.

Itulah jenis wakil rakyat UMNO yang ada kini. Melakukan perbuatan-perbuatan yang tersangat tidak berdisiplin dan berakhlak. Tetapi kemudian mencipta alasan-alasan untuk melepaskan diri mereka.

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Adnan, jangan terlalu mudah melemparkan kesalahan orang lain, cermin diri tuan duhulu.....

Kes Dato' Sri Adnan menunjuk isyarat lucah semasa penamaan calon PRK DUN Sanggang di Temerloh, jangan tuan nak buat cerita jahat, kawan ada bersama-sama di tepi pentas waktu itu, ini kerana ada seorang penyokong pembangkang/PAS membuat provokasi serta menunjukkan isyarat lucah yang sama kepada Dato' Sri Adnan ketika beliau hendak turun dari pentas, maka dengan cara sepontan Dato' Sri Adnan membalas isyarat yang sama kepada tukang provokasi itu..., tetapi jurugambar dan wartawan tidak merakamkan aksi lucah penyokong PAS tersebut... jangan buat cerita jahat kalau tuan tidak nampak atau tahu cerita sebenar.....

Jangan hanya pandai menasihati orang lain bila mereka mula membalas serangan jahat puak-puak tuan...... nasihati diri dan blogger-blogger tuan dulu....

Tanpa Nama berkata...

Adnan tu merujuk kepada MB Pahang yanggambi oiii!...

Tanpa Nama berkata...

YANG GAMBI YANG BENGAP!! KO NI SAMA LA NGAN PENJILAT2 BONTOT UMNO YG LAIN..KLU TOK GURU CKP NAK DOA AZAB BG PEMIMPIN KO, SEMUA BISING!!TAMBAH2 SI TPM SEMBAB TU..KATANYA ORG ISLAM XLEH DOAKAN KEBURUKAN ORG LAIN WLUPN DITINDAS..CUBA KO PIKIR KENAPA ADNAN BANGANG TU BG ISYARAT LUCAH KONONNYA PENYOKONG PAS YG MULAKAN..KENAPA X DIBALAS DGN BENDA BAIK?? JAWAB GAMPANG!! OPS!GAMBI!!..HAKIKATNYA KLU DAH PEMIMPIN X BAGHAL, PENGIKUTNYA GERENTI BENGAP..

asri berkata...

org islam apa tu menulis dgn 'bagus' sekali?

Org yg tak setuju dgn dia semua bengap, semua bangang.

Tunggulah hari Hisab, baru tahu siapa yg bengap, siapa yg bangang.