Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.
"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.
"Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan," katanya.
"MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah)," katanya lagi.
Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.
MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.
"Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?," soalnya.
Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.
"Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan