Khamis, 29 Oktober 2009

KERETA LEBIH 15 TAHUN BAKAL JADI TUKUN: NAJIB TUYA

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.

Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan. Selanjutnya...

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang bakal menyusahkan rakyat dan menguntungkan kerajaan. Sekali masuk untuk membuat pemeriksaan Puspakom dah berapa RM dikenakan? Setelah Puspakom mengesahkan ada terdapat komponen kenderaan yang perlu dibaiki, pemeriksaan kali kedua pula akan dibuat bagi pengesahan untuk diluluskan. Pemilik kenderaan perlu menghantar ke mana-mana bengkel/workshop untuk dibuat pembaikkan.

Itupun jika pemeriksaan kali kedua lulus, kalau nasib tak baik kena periksa kali ketiga atau empat... Kalau tak, jangan harap Puspakom nak keluarkan sijil Laporan Pemeriksaan Khas untuk memperbaharui cukai jalan. Akhirnya pemilik bengkel dan Puspakom juga yang kenyang.

2 ulasan:

M.H.A Hamzah berkata...

hapuskan la cukai jalan,duti import kereta pasang siap turun kan la,kereta proton tu harga x setaraf dgn komponen kereta,buat utk market UK leh la plak yg baik2...
ssh la tiap2 tahun nak g puspakom...mcm keta perdagangan la plak...!patutnya mudahkan la pengguna level pertengahan ni.keta 2nd hand yg dijual ptt suma diperiksa puspakom,dh ada pengesahan,x pyh la nak p tiap2 tahun lg.alat ganti nak tuka tiap2 tahun ke?dah barai,tau la kami nak tukar..!

A-I-B berkata...

M.H.A Hamzah
Itulah hebatnya kerajaan Najib 1Malaysia. "Rakyat disusahkan kroni diutamakan".