Memaparkan catatan dengan label jkr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jkr. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2009

ZAMBRY MB HARAM - JAMBATAN KALER BIRU RUPANYA TIADA KELULUSAN DARI JKR





Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

Khamis, 4 Jun 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL - MEMPERBODOHKAN RAKYAT 1 MALAYSIA

KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam.

A-I-B: Berita di atas menunjukkan bertapa bodohnya KERAjaan BN apabila hanya memberikan sijil kelulusan untuk kegunaan trek dan padang sahaja tetapi tidak kepada keseluruhan bangunan stadium tersebut.

Yang anehnya, kenapa acara sukan dibenarkan pula diadakan di dalam stadium berkenaan jika ianya tidak selamat untuk digunakan.
Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hendak memperbodohkan rakyat Malaysia mungkin akan berkata, "kalau anda hendak jadi penonton sukan di stadium ini, anda hendaklah berada di trek atau padang bukannya di tempat duduk berbumbung kerana bumbung stadium kami belum beri kelulusan sijil".

Kalau penonton yang hendak menonton acara sukan berada di trek atau padang, dimana pula kedudukan ahli sukan yang mengambil acara sukan berada? Lu pikir...lah sendiri!...