Memaparkan catatan dengan label projek kerajaan barisan nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek kerajaan barisan nasional. Papar semua catatan

Sabtu, 3 April 2010

PROJEK 'GULA-GULA' UMNO-BN SEDANG BERMULA


Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

Beliau dibidas oleh pelbagai pihak termasuk rakyat yang beranggapan BN cuba menggula-gulakan masyarakat di Hulu Selangor.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merrujuk kepada kementerian bertanggungjawab.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.

Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.



Laporan Bernama itu disiarkan oleh beberapa media media arus perdana hari ini.

“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

“Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20 x 10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta di rumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram,” katanya.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” katanya.

Idris berkata PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil daripada kudis-kudis yang ada dalam pengurusan menteri pelajaran dan kerajaan BN.


Justeru, beliau berharap rakyat, khususnya di Hulu Selangor tidak tertipu dengan taktik projek politik itu kerana BN akan menabur sebanyak mana janji dan peruntukan yang mampu semata-mata untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.

Selasa, 6 Oktober 2009

1 LAGI PROJEK keraJAAN BARISAN NASIONAL JADI GAJAH PUTIH

ALOR SETAR 6 Okt. — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar hari ini kesal dan kecewa apabila pembinaan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Kedah di sini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kompleks bernilai kira-kira RM60 juta itu tidak dapat digunakan ekoran kelemahan kontraktor perunding yang tidak membuat perancangan baik untuk membinanya dan mengakibatkan kompleks itu serba kekurangan dan tidak mempunyai stesen minyak untuk kegunaan nelayan.

“Saya kecewa kerana kompleks yang bernilai kira-kira RM60 juta itu masih belum mendapat sijil layak menduduki (CF) walaupun pembinaannya telah siap sejak tahun 2006 dan kompleks itu juga tidak mempunyai stesen minyak,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat kompleks berkenaan di sini. - Bernama

Ahad, 6 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - JAMBATAN DAN ANAK EMAS TRADEMARK UMNO pkfz

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya menjadikan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar.

Perdana Menteri berkata, ia penting supaya mereka dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Teluk Kemang nanti.

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk kita lakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Bagan Pinang,'' katanya. Selanjutnya-->

Percayalah!... UMNO tak akan insaf. Apakah kekalahan satu demi satu di PRK sebelum ini, UMNO sedikitpun merasa tidak bersalah kerana sanggup menipu pengundi dan rakyat? Apakah baru sekarang UMNO menyedari, setelah 7 kali berlaku kekalahan di PRK baru timbul rasa keinsafan dan ingin muhasabah diri.

Tidak!... UMNO tak akan insaf... dengan menjadikan kekalahan itu sebagai iktibar atas kesilapan yang lalu, kerana janji jambatan dan anak emas sudah sinonim dengan UMNO. Percayalah... Ramadhan tidak akan mengubah UMNO untuk menjadi baik.